Majlis buka puasa di PDK Sungai Petani bersama anak2 istimewa
Santap, Sembang, Snap & Senyum!
Hidup mesti LUAR BIASA! Saya sayang diri saya dan saya sukakan KEHIDUPAN Damai Sejahtera~
Sabtu, 1 Mei 2021
Sabtu, 10 Oktober 2020
Nak salahkan siapa sayang ?
Nak salahkan siapa sayang ?
1. We decide. Kita yang tentukan, bukan orang lain. Kita sendiri pilih 'exam orientation'. Aku tak faham sejarah pendidikan Msia yang memang berkiblat ke UK, tetapi sistem UK sangat berbeza. Australia mirip UK, sebab mereka berasal dari sana. Tahun Satu di UK, Australia dan Msia je dah berbeza, sangat berbeza. Aku tak tahu kenapa.
2. Di UK guru dan sekolah diberikan autonomi. Di UK, satu kelas hanya seorang guru (dan pembantu) mengajar sepanjang tahun. Tiada buku teks khusus. Tiada exam. Tiada homework. Mereka tidak fokus kepada gred tapi ke arah character dan potensi.
3. Kita memilih utk menggilai gred. Kita pernah lakukan streaming tahap dewata. Aku berada di zaman tersebut. Murid baik dan gifted berada kelas A, kelas Hang Tuan dan yang berada di kelas belakang hanya Tuhan saja yang tahu, entah apalah yang mereka belajar bertahun2 lamanya.
4. Maka munculkah fenomena spt guru kelas peperiksaan yang perlu abiskan silibus, sehingga jika di SBP, silibus diabiskan seawal bulan Jun /Julai utk buat 'latih tubi peperiksaan'. Biasalah setiap sekolah ada 'count down' peperiksaan, exam fever, seminar teknik itu dan teknik ini dan buku serta kelas tambahan serta tuisyen yang bertali arus. Havoc.
5. Adakah ini pendidikan ? Ada orang yang arif, maybe aku tidak. Murid kita belajar spt selepas SPM dah tak perlu belajar lagi. Akhirnya, mereka hilang sikap positif, tertekan, sehingga yang tercicir nak sambung belajar pun mereka dah malas.
6. Sapa yang pilih cara ini - kita lah. Siapa yang ajar latih tubi utk hadapi peperiksaan persis satu pertandingan - kita juga lah. Kemudian kita merungut murid belajar kerana exam, murid tak kuasai konsep, murid tak minat sains, murid malas membaca, murid tak membaca jika bukan untuk exam, kurang kreatif, kurang kritis. Tak perlu merungut sebab memang itulah produk kita.
7. Pernah kita cuba bagi autonomi kepada guru ? Adakah guru kita tak kompeten ? Sat lagi kena pergi kursus A utk laksanakan modul A, selepas itu pergi kursus B plak utk modul B.. lepas tu... dan lagi dan lagi. Itupun bukan semua guru yang terlibat.
8. Kajian tindakan juga menghadapi nasib yang sama. Matlamat murninya utk menjadikan inovasi dan menambahbaik amalan sebagai budaya PdP berakhir juga di meja pertandingan. Wujudnya perkataan refleksi membawa insight kepada guru dan insight bukan untuk pertandingan dan dipertandingkan.
9. Silibus kita dah setara dgn antarabangsa, syabas. Sains dan Maths Tingkatan 1 pun boleh tahan isinya. Namun, telah timbul bibit murid hilang minat kerana mereka belajar bukan kerana passion, tetapi kerana examination. Kita terima jer lah keadaan ini dgn lapang dada, sambil cuba membetulkan sana sini dgn berpusing-pusing di tempat yang sama tetapi menggunakan istilah yang berbeza. Inilah pilihan kita.
10. Bukan masa utk salahkan sesiapa, kita bergerak dan menyumbanglah semampunya .. aku, dia dan kamu...
Salam sayang hujung minggu..
OTHMAN TALIB
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3574980662541461&id=100000886886607
Saya pernah mendengar pendapat dari seorang 'Tan Sri ' yang merupakan pengerusi kluster sekolah berprestasi tinggi, lebih sepuluh tahun dulu, katanya " Saya telah menyuarakan pandangan sebagai yang telah lama berkhidmat salam dunia pendidikan iaitu sebagai bekas guru, bekas pengarah institut pendidikan guru, bekas pengarah UITM, bekas ketua pengarah pendidikan .
Saya ingin sistem pendidikan Malaysia diubah, pertama , peperiksaan bukan satu-satunya cara menilai kemahiran dan keupayaan pelajar. Jadikan sekolah rendah sebagai tempat memupuk nilai murni, kemahiran membaca , mengira dan menulis , minat membaca ini dipupuk dengan meminta pelajar baca dan ceritakan semula kepada keluarga di rumah, ibubapa perlu menulis setiap tajuk buku dan sinopsis buku. Ini adalah untuk menanam minat membaca bukan kerana untuk peperiksaan, tetapi untuk mendapat ilmu.
Kedua, tidak semua murid mempunyai prestasi akademik yang cemerlang (ini bukan kehendak anak-anak kita , bukan salah mereka menjadi kurang cemerlang) . Wujudkan kelas kemahiran di sekolah rendah seperti, kelas memasak yang mudah mengikut tahap umur pelajar, kelas kraftangan, kelas pertukangan, kelas menjahit, dan sebagainya. Murid ini tidak perlu dipaksa untuk mengambil peperiksaan awam seperti UPSR. Sekurang -kurangnya di akhir tahun 6, anak ini berjaya menghasilkan sebiji kek hari lahir untuk ahli keluarganya, atau sepasang baju kurung Melayu, atau satu ukiran kraftangan untuk ibubapanya San sebagainya.
Sekurang -kurangnya keupayaan mereka ini diukur dengan kemahiran, dan minta serta baka ini boleh dikembangkan apabila mereka memasuki sekolah kemahiran atau vokasional.
Tiadalah anak-anak ini merana untuk ke sekolah jika tidak berupaya menjawab soalan latihan UPSR, tidak siap /tidak boleh membuat latihan kerja rumah yang diberikan guru.
Tetapi malangnya pendapat kumpulan kami yang dianggotai seramai 12 orang ( 8 orang Tan Sri dan 4 orang Datuk Seri), tidak diterima oleh kerajaan."
Kalau pendapat mereka di atas ini tidak diterima, apatah lagi kita orang biasa -biasa.
Saya pernah menghadiri bengkel kerjasama pemimpim sekolah-sekolah kluster kecemerlangan, sekolah-sekolah berprestasi tinggi Malaysia bersama pemimpin sekolah New Zealand, lebih sepuluh tahun lalu di IAB Genting Highland.
Apa yang dapat dikongsikan tentang pendidikan di New Zealand, tiada peperiksaan ketika di sekolah rendah. Hanya di sekolah tinggi, untuk penilaian bagi kemasukan ke Universiti.
Tiada Jabatan pendidikan diperingkat negeri, tiada Pejabat pendidikan diperingkat daerah, arahan dan peruntukan diturunkan dari pusat terus ke sekolah-sekolah. Pada akhir tahun pemimpin sekolah perlu menghantar laporan sekolah masing - masing.
Seorang wanganegara New Zealand mempunyai 3 pekerjaan bagi menampung kekurangan tenaga kerja, sebagai contoh, guru besar yang hadir ke bengkel berkenaan juga membuka bengkel kereta di rumah dan seorang pemandu teksi. Amalan ini dapat memastikan tiada / kurangnya pengaliran wang keluar negara sekiranya tenaga pekerja asing digunakan. Maka kadar dalam negara kasar (KDNK ) dapat dikawal dan dijaga. Ringgit Malaysia tidak mudah jatuh.
Banyak lagi nak kongsi.
Selasa, 8 Oktober 2019
Cosplay Penang
Sebenarnya saya bukanlah peminat tegar cosplay(costume roleplay)
tapi minat juga nak cuba.
Yang lebih saya minati ialah tengok kreativitu cosplayer meragakan hasil mereka.
Yang pakai costume penuh seperti ironman, spiderman, ultraman dan kamen rider lebih saya suka.
Gambar ni saya ambil Mei 2019 di sebuah acara dalam Komtar.
Sabtu, 10 Ogos 2019
Hua Hin: Tarikan Pelancong Terkini di Thailand
Biasanya, kalau dengar orang cerita melancong ke Thailand mesti ingat Hatyai, Phuket, Krabi atau Bangkok kan?
Tapi, pernah tak korang dengar tentang Hua Hin?
Rabu, 17 April 2019
"Ingat senang ke nak sabar?"
Baru-baru ini kecoh satu Malaysia di kalangan peminat bola sepak khususnya.
Tentang seorang pemain tengah satu pasukan yang tunjuk isyarat lucah kepada penyokong pasukan lawannya.
Teringat saya tentang satu kisah pada tahun 2017 yang lebih kurang sama tentang seorang kapten pasukan bola sepak yang terkenal di negara ini.
Beliau menyebut perkataan yang tidak baik kepada penonton di stadium setelah menang perlawanan tersebut.
Masalah disiplin dalam kalangan pemain bola sepak atau mana-mana sukan amnya bukanlah perkara yang baru.
Bila rasa tertekan dan beremosi, memang macam-macam cara seseorang itu meluahkan perasaan.
Dan melakukan perbuatan yang biadap juga tidak terkecuali.
Namun, sebagai seorang muslim, Allah telah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
Dalam masa terdekat ni ada 4 perlawanan Liga Super yang saya nantikan.
1. JDT vs PKNS FC
2. Selangor vs PKNP
3. Perak vs Pahang
4. Melaka United vs Kedah FA
Semoga perlawanan akan datang tidak lagi tercemar dengan insiden seperti ini lagi.
Pasukan mana pilihan anda?
Gambar hanya sekadar hiasan. Sempena Avengers: End Game 24 April ini hehehe

Maksud Kepala KOD Pada Kad OKU
Assalamualaikum,
Salam sejahtera.
Saya pasti ramai dikalangan kita dah cukup peka tentang kewujudan OKU di negara kita ini
Hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kategori OKU di Malaysia
Kenapa kita perlu tahu kod ini
Supaya mudah untuk kita siapkan minda kita untuk bersemuka dengan mereka
Mana tahu, orang yang anda berurusan itu mungkin OKU yang ada masalah mental
Untuk pengetahuan, setiap OKU yang layak terima kad OKU telah didiagnos oleh doktor bertauliah serta mempunyai rekod kesihatan masing-masing.
KOD: Jenis kekurangan
======
DE: Pendengaran
akronim dari DEft. bermaksud pekak
BL: Penglihatan
akronim dari BLind. bermaksud buta
SD: Pertuturan
akronim dari Speaking Disability. bermaksud ketidakupayaan untuk bertutur dengan baik atau bisu.
PH: Fizikal
akronim dari PHysical. Bermaksud cacat anggota fizikal
LD: Masalah Pembelajaran
akronim dari Learning Disability. iaitu lembam atau mempunyai daya penghadaman ilmu yang rendah.
Sehingga masa kini, penghidap sindrom down dan autism juga dikategori bawah kod ini
ME: Mental
akronim dari MEntal disorder. maksudnya kecelaruan mental. seorang penghidap masalah mental tidak semestinya gila. Dia mungkin juga hilang kewarasan apabila emosinya terganggu.
MD: Pelbagai
akronim dari Multiple Disabilities. Iaitu mempunyai ketidakupayaan selain dari yang dinyatakan di atas atau mempunyai lebih dari satu kekurangan. Contohnya, seorang yang buta dan juga tiada kaki.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Rabu, 27 Mac 2019
Kepentingan VS Keperluan
Baru saja buka portal berita harian.
Cerita paling besar dalam segmen rencana hari ini tajuknya "PH kena kerja keras tawan Rantau".
Tapi cerita paling mencuri perhatian saya ialah isu royalti sasterawan.
Cerita paling besar dalam segmen rencana hari ini tajuknya "PH kena kerja keras tawan Rantau".
Tapi cerita paling mencuri perhatian saya ialah isu royalti sasterawan.
Klik Gambar Untuk Baca Berita |
Saya ni bukannya minat sangat sastera, tetapi ambil tahu jugalah.
Bagi saya bukan perkara baru masalah royalti hasil karya penulisan seperti novel, sajak dan lain-lain.
Ia seiring dengan peredaran zaman yang mana orang semakin kurang baca karya bercetak. Malah Al-Quran pun sudah ada versi perisian(software).
Umum tahu bahawa seni dan hiburan adalah pilihan, bukan kepentingan. Sekalipun ia adalah keperluan.
Bukan bermaksud boleh diabaikan. Tetapi benar, pengarang sastera tidak boleh harapkan semata-mata sumber pendapatan dari royalti karya.
Kerana, keberoleh-pendapatan orang ramai hari ini mendesak untuk memilih yang mana satu perlu didahulukan.
Contohnya bila seseorang tu ada duit RM30 dalam poket dia.
Jika diberi pilihan antara beli novel paling dia minat atau tambah nilai kredit telefon pintar, yang mana satu dia akan pilih?
Tentu saja dia akan pilih untuk beli tambah nilai kredit sebab ia suatu keperluan.
Barang kali, novel yang dia minati itu, boleh dia pinjam dari kenalan atau cari di perpustakaan awam.
~Mukmin~
Ada pendapatan sampingan.
Masih belajar mengutamakan keperluan dengan kepentingan.

Langgan:
Catatan (Atom)