Khamis, 12 Januari 2017

Panduan CashFlow: Keluar dari rate race

Sahabat-Sahabat Semua,

Hari ini banyak orang jual alat senaman yang tidak perlu bergerak banyak.

Lari setempat sahaja. Atau letak dua-dua belah kaki atas alat tersebut dan badan bergoyang-goyang.

Berkesankah? Saya pun tak tahu. Cuma saya lebih suka keluar berlari di taman-taman. Kita juga dapat melihat dan mengalami sendiri banyak perkara menarik apabila kita keluar dan berlari.

Dalam urusan duit, perbuatan lari setempat, yang nampak macam berlari tetapi sebenarnya tidak berlari ini kita namakan ia sebagai rat race.

Rat race ini adalah situasi di mana kita tidak boleh keluar dari pekerjaan makan gaji / bisnes kita sendiri. Ia berlaku kerana kita tidak mempunyai pendapatan lain selain dari gaji yang kita terima setiap bulan. Bagi orang bisnes pula, kita tidak ada sistem yang membolehkan kita melantik seorang CEO yang dapat membuat 100% keputusan untuk bisnes kita.

Kita membayangkan dengan mendapat kenaikan gaji atau pangkat sahaja dapat mengubah hidup kita. Namun sebenarnya ia tidak membantu sama sekali. Kita masih perlu bangun awal pagi, meredah kesesakan lalu lintas, masuk pejabat, mesyuarat sepanjang hari dan balik ke rumah pada larut malam. Balik rumah, anak-anak telah tidur.

Apa yang berbeza barangkali gaji, kereta dan rumah yang lebih besar. Pada hakikatnya kita masih masih di tempat yang lama. Kita masih berlari dalam bulatan yang sama. Cuma makin lama semakin laju dan akhirnya kita kepenatan, bosan dan tidak bersemangat.

Situasi ini sama seperti seekor tikus belanda (hamster) yang berlari dalam kandang lariannya. Cuma yang berlari adalah kita.

Tidak semestinya kita perlu berhenti kerja untuk keluar dari rat race. Apa yang penting kita ada pilihan apabila sampai masa kita perlu membuat pilihan kelak. Mungkin pelaburan kita akhirnya telah cukup untuk keperluan persaraan lebih awal dari sasaran sebenar. Siapa tahu masa depan bagaimana, bukan ?

Jadi kita perlu ada perancangan yang baik untuk keluar dari perlumbaan ini seawal mungkin, atau, memilih untuk berlari dalam tempat yang kita suka sampai mati.

Ya, kita ada pilihan dan bukan kita tidak punya apa-apa pilihan.

TQ

7 PERKARA ASAS UNTUK LEPASI TAHUN PERTAMA DENGAN BERJAYA

UNTUK USAHAWAN BARU, LAKUKAN #TUJUH (7) PERKARA ASAS INI UNTUK LEPASI TAHUN PERTAMA DENGAN BERJAYA :

(1) Pemasaran secara konsisten.

Lakukan secara konsisten. Non-stop setiap hari!

Sehingga produk kita jual diterima oleh sasaran pelanggan.

Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual.

Berkongsi sesuatu supaya mereka dapat manfaat.

Tunggu!

Sebelum jalankan aktiviti pemasaran, kenalpasti terlebih dahulu sasaran pelanggan, apa masalah mereka yang kita mahu selesaikan yang mereka sanggup bayar kepada kita untuk selesaikan masalah itu.

.
(2) Jaga pelanggan sedia ada.

Apabila sudah dapat pelanggan, jaga mereka. Biar mereka berpuas hati dengan layanan kita.  Mudah untuk mereka jadi pelanggan setia.

Maklumat pelanggan juga harus disimpan rapi. Nama, alamat, no phone, emel, dan rekod pembelian.

.
(3) Asingkan duit bisnes dan duit peribadi.

Jika masih guna personal account dan segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur, asingkan segera.

Sebahagian peniaga, bukan masalah jualan tak rancak, tapi duit masuk entah dibelanja ke mana. Duit pelanggan bayar, duit adik bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, semuanya digaul sekali di satu tempat.

.
(4) Letak target dan buat jadual gerak kerja.

Letak target sederhana yang harus dicapai.

Mula-mula letak target 12 bulan dan pecahkan kepada 3 bulan, 1 bulan dan harian.

Apakah gerak kerja perlu dilaksanakan untuk capai target tersebut? Senaraikan. Minta nasihat senior bisnes.

Buat sampai jumpa cara lebih betul.

.
(5) Ambil risiko mampu diserap.

Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatal tangan over-excited ambil risiko besar. Apabila berlaku sebaliknya, kita terduduk, berhutang sana-sini.

Sentiasa ambil risiko kecil banyak kali sehingga kita jumpa cara yang betul.

Pada masa yang sama, jangan terlalu takut dan hati kecut. Nak ambil risk pun terhegeh-hegeh.

.
(6) Luang masa berjumpa dengan rakan satu industri.

Banyak maklumat kita dapat melalui sesi ini. Tidak perlu terlalu kerap. 5 jam setiap bulan sudah cukup.

Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan2 bisnes yang lain.

Mereka inilah komuniti positif yang terdiri daripada senior-senior bisnes yang selalu 'push' kita, galakkan kita dan berpesan do and dont's dalam bisnes.

.
(7) Amalkan gaya hidup 'biasa-biasa'.

Simpan untung. Ambil gaji minimum sahaja untuk tampung keperluan hidup.

Biar bisnes kita ada simpanan untuk 6 bulan ke hadapan. Lagi tenang kita mahu bekerja.

Majoriti usahawan berjaya hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 10 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan sahaja pada fasa awal bisnes.

Keuntungan peringkat awal banyak dilaburkan semula untuk perkembangan bisnes mereka.

Selasa, 10 Januari 2017

Selamat Tahun Baru!

Ini blog saya yang paling lama...

saya dah menulis di blog ni sejak 2007 lagi iaitu ketika saya di akhir tahun diploma saya.

Tahun dimana saya grad.

Banyak telah berubah...

Banyak bisnes dah saya cebur...

Banyak perkara yang mematangkan saya.

Tapi saya masih perlu banyak belajar.

Terkini saya terlibat dengan bisnes telekomunikasi.

Nanti saya ceritakan kisah-kisah menarik dalam bisnes terbaru ni...

Bukan cerita nak ajak anda buat bisnes tau!

Tapi ni cerita asam garam. Yang pahit dan yang manis.

Khamis, 1 Disember 2016

Potensi Besar Dengan Tronexus

Siapa nak buat kerja partime ni?? Saya perlukan 3,000,000 orang yang nak jadi brand partner saya!
-student
-suri rumah
-penggangur

Tronexus prabayar terkini penuh inovasi.
♡free call sesama tronexus
♡tempoh sah 365 hari setiap kali tambah nilai
♡ ada basic data
♡ ada tabung khairat kematian

Program dapatkan pengguna baru.. anda dapat
♧bonus tajaan (RM10/member)
♧bonus kepimpinan (RM10/5 member)
♧bonus prestasi sehingga 8Level (8% dari nilai topup member L1)

SEMUANYA BERMULA DENGAN RM29 SAHAJA!

Berminat?? Call/SMS 011 5010 3106




Selasa, 13 Oktober 2015

Khasiat Tembikai



Rakyat Malaysia makan 6 kali setiap hari dan obesiti punca 73% kematian di hospital kerajaan!
Banyak makan buah tembikai setiap hari amat baik utk sokong kesihatan kardiovaskular dan sistem edaran.

Ahad, 5 Julai 2015

80% Nutrition 20% Fitness




Q: 80/20. Been wondering...How do we measure 80% nutrition n 20 % exercise to total health contributions? The two are of different units of measurement if there is any for nutrition. It can't be just calorific counts...

A: It's a broad guideline indication that in our effort to build a Healthy Active Lifestyle, should be divided into 80% about NUTRITION (what, how much and when do we eat everyday) and 20% of our effort on fitness/exercise. Driven by a 100% mindset of living Healthy and Active for life

So it's just a measure of the proportion of our daily focus and effort.
The idea to help people who just focus 100% of their effort on calorie control or exercise alone.

Q: Gout sufferers can't take nuts
A: Gout is a poor lifestyle condition. Change it with healthy active lifestyle and GOOD NUTRITION to support the body self healing. InshAllah uric acid will return to healthy levels. Then you can enjoy eating anything in moderation.
High uric acid means the kidneys are functioning normally. When the joints are deposited with crystals it can be very painful.
It happened because of ignorance, neglect and poor choices over many years.