Anda blh buat pengeluaran bonus setiap hari.
Pm/wsap 011-50103106
Hidup mesti LUAR BIASA! Saya sayang diri saya dan saya sukakan KEHIDUPAN Damai Sejahtera~
Assalamualaikum..
Jom guna simkad tronexus!!
Dengan hanya rm29!!
- kredit tersedia rm10
- airtime selama 365 hari
💥Call free selama setahun sesama network walaupun tiada kredit!!
💥beli 2 kpg utk berbual dgn orang tersayang!!
*dgn kos rm58 anda dpt call free selama setahun*
⚡berwasap selama 30 hari dgn serendah rm10.
*rm10 dpt 300mb high speed
*tamat 300mb, basic data on sehingga 30 hari.
✨dapat rm10 bonus setiap kali anda perkenalkan rakan user baru!!
💥8% drpd nilai topup rakan user anda.. pasif income selamanya!!
⚡insentif blh keluarkan setiap hari!!
💥✨percuma website promosi seperti di bawah👇
@ utk keterangan lanjut;
call/sms
01150103106
atau blh pilih no dan daftar sendiri online pada pautan di bawah ini;
Sahabat-Sahabat Semua,
Hari ini banyak orang jual alat senaman yang tidak perlu bergerak banyak.
Lari setempat sahaja. Atau letak dua-dua belah kaki atas alat tersebut dan badan bergoyang-goyang.
Berkesankah? Saya pun tak tahu. Cuma saya lebih suka keluar berlari di taman-taman. Kita juga dapat melihat dan mengalami sendiri banyak perkara menarik apabila kita keluar dan berlari.
Dalam urusan duit, perbuatan lari setempat, yang nampak macam berlari tetapi sebenarnya tidak berlari ini kita namakan ia sebagai rat race.
Rat race ini adalah situasi di mana kita tidak boleh keluar dari pekerjaan makan gaji / bisnes kita sendiri. Ia berlaku kerana kita tidak mempunyai pendapatan lain selain dari gaji yang kita terima setiap bulan. Bagi orang bisnes pula, kita tidak ada sistem yang membolehkan kita melantik seorang CEO yang dapat membuat 100% keputusan untuk bisnes kita.
Kita membayangkan dengan mendapat kenaikan gaji atau pangkat sahaja dapat mengubah hidup kita. Namun sebenarnya ia tidak membantu sama sekali. Kita masih perlu bangun awal pagi, meredah kesesakan lalu lintas, masuk pejabat, mesyuarat sepanjang hari dan balik ke rumah pada larut malam. Balik rumah, anak-anak telah tidur.
Apa yang berbeza barangkali gaji, kereta dan rumah yang lebih besar. Pada hakikatnya kita masih masih di tempat yang lama. Kita masih berlari dalam bulatan yang sama. Cuma makin lama semakin laju dan akhirnya kita kepenatan, bosan dan tidak bersemangat.
Situasi ini sama seperti seekor tikus belanda (hamster) yang berlari dalam kandang lariannya. Cuma yang berlari adalah kita.
Tidak semestinya kita perlu berhenti kerja untuk keluar dari rat race. Apa yang penting kita ada pilihan apabila sampai masa kita perlu membuat pilihan kelak. Mungkin pelaburan kita akhirnya telah cukup untuk keperluan persaraan lebih awal dari sasaran sebenar. Siapa tahu masa depan bagaimana, bukan ?
Jadi kita perlu ada perancangan yang baik untuk keluar dari perlumbaan ini seawal mungkin, atau, memilih untuk berlari dalam tempat yang kita suka sampai mati.
Ya, kita ada pilihan dan bukan kita tidak punya apa-apa pilihan.
TQ
UNTUK USAHAWAN BARU, LAKUKAN #TUJUH (7) PERKARA ASAS INI UNTUK LEPASI TAHUN PERTAMA DENGAN BERJAYA :
(1) Pemasaran secara konsisten.
Lakukan secara konsisten. Non-stop setiap hari!
Sehingga produk kita jual diterima oleh sasaran pelanggan.
Pemasaran yang baik ialah tidak menampakkan kita terlalu menjual.
Berkongsi sesuatu supaya mereka dapat manfaat.
Tunggu!
Sebelum jalankan aktiviti pemasaran, kenalpasti terlebih dahulu sasaran pelanggan, apa masalah mereka yang kita mahu selesaikan yang mereka sanggup bayar kepada kita untuk selesaikan masalah itu.
.
(2) Jaga pelanggan sedia ada.
Apabila sudah dapat pelanggan, jaga mereka. Biar mereka berpuas hati dengan layanan kita. Mudah untuk mereka jadi pelanggan setia.
Maklumat pelanggan juga harus disimpan rapi. Nama, alamat, no phone, emel, dan rekod pembelian.
.
(3) Asingkan duit bisnes dan duit peribadi.
Jika masih guna personal account dan segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur, asingkan segera.
Sebahagian peniaga, bukan masalah jualan tak rancak, tapi duit masuk entah dibelanja ke mana. Duit pelanggan bayar, duit adik bayar hutang, duit gaji, duit suami bagi, semuanya digaul sekali di satu tempat.
.
(4) Letak target dan buat jadual gerak kerja.
Letak target sederhana yang harus dicapai.
Mula-mula letak target 12 bulan dan pecahkan kepada 3 bulan, 1 bulan dan harian.
Apakah gerak kerja perlu dilaksanakan untuk capai target tersebut? Senaraikan. Minta nasihat senior bisnes.
Buat sampai jumpa cara lebih betul.
.
(5) Ambil risiko mampu diserap.
Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatal tangan over-excited ambil risiko besar. Apabila berlaku sebaliknya, kita terduduk, berhutang sana-sini.
Sentiasa ambil risiko kecil banyak kali sehingga kita jumpa cara yang betul.
Pada masa yang sama, jangan terlalu takut dan hati kecut. Nak ambil risk pun terhegeh-hegeh.
.
(6) Luang masa berjumpa dengan rakan satu industri.
Banyak maklumat kita dapat melalui sesi ini. Tidak perlu terlalu kerap. 5 jam setiap bulan sudah cukup.
Di samping itu, ia juga membantu kita lebih kuat hati untuk terus berniaga. Dapat sokongan daripada rakan2 bisnes yang lain.
Mereka inilah komuniti positif yang terdiri daripada senior-senior bisnes yang selalu 'push' kita, galakkan kita dan berpesan do and dont's dalam bisnes.
.
(7) Amalkan gaya hidup 'biasa-biasa'.
Simpan untung. Ambil gaji minimum sahaja untuk tampung keperluan hidup.
Biar bisnes kita ada simpanan untuk 6 bulan ke hadapan. Lagi tenang kita mahu bekerja.
Majoriti usahawan berjaya hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 10 tahun, hidup sengkek dan cukup-cukup makan sahaja pada fasa awal bisnes.
Keuntungan peringkat awal banyak dilaburkan semula untuk perkembangan bisnes mereka.