Isnin, 27 April 2009

'Kami', 'Ulamak' & @Shah/KalamDamai

Saya sebenarnya dah lama mengikuti kalamdamai di pahang.fm, cuma sejak 2 minggu lepas saya baru terajak untuk bersuara. Iyalah, ramai yang sering bertanya esp 'ustat sufi'. Banyak persoalan yang rasanya ustat sufi mahu jawapannya belum dapat betul2 diyakinkan...mungkin.

Jadi dengan post yg ini aya cuma berharap dapat membantu Shah@KalamDamai untuk merungkai persoalan ustat sufi itu.

Ustz-Sufi: Ustaz...ana nak tanya apa maksud ULAMA menurut al-Quran dan Hadis.Adakah semua yang dapat ijazah dari Al-Azhar atau dimana sahaja pusat pengajian Islam boleh ditakrifkan sebagai ULAMA..

jawapan ini sudahpun dijawab sebenarnya oleh Shah. Jadi di sini saya akan nampakkan lebih jelas sedikit. 'ain', 'lam','mim'. inilah huruf yg membentuk perkataan 'ulama', ulama' ini sebenarnya bersifat plural 'bg org yg berilmu'.
cumanya, di M'sia perkataan ini telah di'tafsir' sebagai org yg mempunyai ilmu agama islam yg sgt kuat.
jadi apa yg patut dijelaskan di sini, ulama sifatnya berilmu. sama juga seperti kafir, yg sifatnya kufur=ingkar. saya x ingat surah & ayatnya dimana tetapi ada menyebut 'beriman kepada sebahagian kepadanya, padahal merekalah orang yang ingkar'.

'Kami'
Ya, mungkin ada sebahagian daripada anda yang tertanya-tanya kenapa tuhan menggunakan perkataan 'kami' dalam beberapa ayat AQ? Baik, pertamanya, kita harus ingat bahawa AQ adalah kalam Allah, ia diwahyukan kepada nabi kita. dalam kata lain, disampaikan. Tambahan pula disebut dlm al-fatihah, 'malikiyau middin' = raja sekalian alam/kerajaan/sistem/negara/tempat. maka jika ada raja pasti ada kerajaannya, maka yg ditunjukkkan disini, 'kami' itu ialah 'pelaksana'.

Harap anda jelas tentang bbrp perkara yang diterangkan. Sekiranya anda yg berada di kuantan mahu dalami ilmu al-quran bolehlah anda bertemu dengan saya dan saya akan tunjukkan tempatnya.