Sabtu, 27 April 2013

what is wellness?

sama ada korang perasan atau tak, kebanyakan Herbalife distributor pakai button 'personal wellness coach' kan?
But, apa sebenarnya maksud tagline tersebut?
on the first impression mesti terfikirkan 'orang ni latih orang jadi sihat'. betul kan?
well, almost. actually wellness ni sgt luas skopnya. so, let's share!
Social- mbina hubungan yg sihat dgn ramai org.
Vocational- Makna & Matlamat; contohnya
Kenapa anda bangun pagi hari ini?
Spiritual- bukan berbentuk ritual semata tetapi capaian peribadi dlm nilai terarah, etika, kepercayaan, ketenteraman, dan perhubungan.
Emotional – membina keperibadian unggul; mampu atasi stress, kawal mood, tenaga & keseronokan dlm hidup.
Intellectual- merangkumi pembinaan kreativiti dan aktiviti yg berterusan
Physical - exercise! proper eating! semuanya berkenaan tubuh anda!
Dan last skali....
Environmental - persekitaran anda bagaimana? rumah anda? bilik anda?

Khamis, 25 April 2013

Hukum Daya Tarikan

Alam maya ini dikuasa oleh satu kuasa mutlak. Perlaksanaan urusan alam adalah hasil penyatuan daripada kejadian kepelbagaian tetapi dari sudut ketuhanan ianyamerupakan hukum yang SATU.
Kita lebih arif dengan beberapa kejadian dan perlaksanaan alam yang lain tetapi masih banyak yang
masih dibelakang tabir dan diluar pengetahuan kita. Proses kajian secara formal dan tidak formal
berlaku hari demi hari, menyingkap rahsia-rahsia kejadian.
Kita bercakap tentang Hukum Graviti tetapi mengalaminya tanpa kesedaran. Kita tahu akan
wujudnya hukum yang menyatukan getaran atom-atom yang membentuk segala kejadian fisikal.
Kita tahu tentang hukum bima shakti yang merupakan sistem cakrawala yang mempengaruhi
planet-planet tetapi kita mengabaikan sistem ataupun hukum yang mempengaruhi
kehidupan kita didunia ini, yang mempengaruhi keputusan, kehendak dan kebimbangan kita setiap hari. Kita menggunakan fikiran dan bergerak dilandasan hukum alam dan akal tetapi mengabaikan keindahan perlaksanaannya.

 Inilah definasi HUKUM DAYA TARIKAN DALAM ALAM FIKIRAN yang menggerakkan sekelian alam. Satu sistem pintar ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang telah dianugerahkan kepada kita.
Apabila kita dapat melihat Fikiran sebagai satu bentuk Kuasa iaitu Kuasa Segala Perlaksanaan yang
merupakan kuasa magnetis terhadap kehendak, maka kita akan mula memahami sebab musabab
setiap kejadian dalam kehidupan kita dan perlakuan manusia yang selama ini masih dalam kegelapan.
Kita akan mula menyedari, tidak ada ilmu pengetahuan yang lebih memberi menafaat dari pengetahuan tentang HUKUM FIKIRAN – HUKUM DAYA TARIKAN yang menghasilkan TARIAN HIDUP
setiap manusia.
Apabila kita menyedari bahawa setiap perkara yang kita fikirkan menghasilkan satu getaran yang
amat halus seperti kesahihan getaran yang dihasilkan oleh cahaya, kepanasan, letrik ataupun
magnet maka ini akan membuktikan tenaga fikiran sebenarnya wujud tetapi tidak
dapat dilihat oleh deria yang lima. Besi magnet apabila mengeluarkan getaran, ianya akan menarik kepingan habuk besi malah seketul besi yang beratnya beratus paun tetapi getarannya tidak dapat kita
lihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan kuasa letrik yang berjuta kilowat tidak dapat kita lihat sehingganya dipenghujungnya terdapat mentol yang mengeluarkan cahaya yang membuktikan kewujudan kuasanya.
Begitu juga dengan tenaga fikiran yang tidak dapat kita lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh tetapi terdapat individu yang dapat merasainya melalui telepati dan fenomena mental. Cahaya dan kepanasan terhasil dari getaran yang lebih rendah dari getaran fikiran tetapi perbezaannya adalah hanya dari kadar getarannya
sahaja.
Terdapat spekulasi dalam ilmu mental yang mengatakan wujudnya getaran bunyian yang tidak dapat
didengar dan getaran warna cahayanya (setiap bunyian mempunyai cahayanya tersendiri) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dalam pergerakan alam semesta yang begitu luas, dan ruang tanpa suara amat sukar
dibuktikan kewujudan 40Ribu ke 400Billion getaran sesaat hingga menjangkaui 700Billion getaran sesaat ditahap cahaya meresap.Kita mungkin terdengar kenyataan dalam Sains Mental bahawa

“SETIAP PERKARA YANG KITA FIKIRKAN AKAN MENJADI KENYATAAN.” dan kita melafazkan
kenyataan ini tanpa menyedari maksud sebenarnya. Sekiranya kita benar-benar memahami kenyataan
ini dan memahami kebenaran disebalik sistem pintar anugerah Tuhan ini, ianya akan menjadi satu
alat ataupun ilmu yang dapat memberi kuasa kepada kita. Inilah ilmu yang mesti kita tuntut supaya
kita terlepas dari Perangkap Minda dan bebas dari cengkaman kuasa- kuasa lain, selain dari Tuhan Yang
Maha Kuasa.
Melalui pemahaman yang sebenar, Tenaga Fikiran dapat digunakan seperti tenaga-tenaga lain seperti
tenaga cahaya, letrik, petroleum dan lain-lain. Dan apabila kita memahami hukum yang menguasai penghasilan dan penghantaran getaran ini, kita akan dapat menggunakannya untuk urusan harian kita seperti juga kegunaan tenaga-tenaga lain dalam kehidupan kita.
Tenaga fikiran tidak dapat dilihat dan didengar ataupun diukur dan sukar untuk membuktikan kewujudannya akan tetapi tidak semestinya ia tidak wujud kerana ianya tidak boleh dikesan, Tenaga-tenaga halus ini
sebenarnya dapat dikesan oleh unggas dan serangga yang deria penghilatan dan pendengarannya
dicipta untuk mengesan tenaga- tenaga sebegini.
Kini saintis telah mencipta peralatan peralatan canggih untuk mengesan tenaga-tenaga ini setelah bertaun-tahun kajian dijalankan.Terdapat jenis-jenis gelombang yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia dan hanya peralatan tertentu yang dapat mengesannya.
Dengan tercipta peralatan baru untuk mengesan gelombang maka beberapa gelombang-gelombang
yang sebelum ini tidak dapat dikesan kini telah berjaya dikesan.
Sekiranya peralatan mengesan gelombang-gelombang ini tidak wujud sudah pasti kita tidak dapat percaya kewujudan tenaga-tenaga ini kerana ianya tidak dapat dikesan secara semula jadi.
Peralatan-peralatan ciptaan manusia mempunyai kelemahannya tersendiri dimana hanya peralatan tertentu dapat mengesan getaran- getaran tertentu.
Yang pasti, sehingga kini kesemua getaran-getaran ataupun gelombang daya tarikan fikiran hanya dapat dikesan oleh otak manusia.
Bagi mereka-mereka yang telah membuat kajislidik dan dilatih dalam bidang telepati, remote viewing dan hypnosis; kesahihan gelombang-gelombag ini tidak diragui lagi kerana telah terbukti
kewujudannya melalui pengalaman orang yang mahir dalam penjanaan Deria Keenam.
Kita menghasilkan dan menghantar fikiran keluar dari otak kita dalam tahap-tahap yang berlainainan dan juga menerima gelombang ini setiap detik dan saat. Gelombang fikiran yang kita hasikan bukan hanya mmpengaruhi kita tetapi orang lain. Gelombang kasih sayang yang kita hasilkan akan menarik gelombang yang sama terhadap diri kita. Begitu juga gelombang lan seperti kebencian, cemburu dan penghinaan akan
melantun kearah daripada mana ianya datang ataupun sumber yang menghasilkannya.
Pasangan kekasih akan hanya melihat kasih sayang disetiap penjuru kekasih mereka. Orang yang penuh kebencian dan cemburu dalam diri mereka akan menerima gelombang yang sama terhadap diri mereka.
Perkara berkenaan dengan Gelombang Daya Tarikan ini adalah satu perkara yang serius terhadap kehidupan kita. Kalau kita melihat sekeliling dengan penuh ketelitian, kita akan dapat melihat nasib seseorang itu ditentukan oleh dirinya sendiri tetapi manusia sentiasa menuduh keadaan dan orang lain yang menjadi penyebab nasibnya.
Dalam pengamatan dan kajian yang saya lakukan, saya dapati mereka-mereka yang memahami
hukum ini hidup dalam keadaan penuh harmoni sepanjang khidupan mereka walaupun dari
luarannya nampak bermasalah. Mereka seolah nakhoda kapal yang berada dalam laut yang bergelora
tetapi sentiasa tenang dalam melalui perjalanan menempuh gelora yang mendatang. Dalam
melayari bahtera kehidupan, mereka seolah-olah telah mengenali selok belok pelayaran
dan telah sampai ke destinasi walaupun secara fisikialnya belum pernah sampai ke destinasi
tersebut. Pelayaran mereka tampak begitu yakin sekali.
Kita telah melalui zaman Tenaga Fizikal dimana ciptaan berbentuk fizikal telah sampai ketahap
sempurna seperti ciptaan kenderaan, kejuruteraan, pembinaan dan alat-alat telekomunikasi yang canggih yang mampu melakukan hampir semua tugas-tugas fisikal. Kita juga telah melalui zaman intellektual yang amat tinggi dan kini manusia sedang menuju ke satu era dan pengetahuan yang dahulunya
menjadi rahsia alam. Proses melalui dan memperolehi pengetahuan ini telah membawa
manusia menghasikan filem-filem “sci-fi”, dimensi holografik ataupun seram yang mengesahkan tentang
hantu, déjàvu dan makhluk asing yang memaparkan kehidupan manusia dengan alam ghaib,
perjalanan minda sebelum perjalanan fisikal dan juga quantumfizik yang menerangkan
tentang pecahan dari alam fisikal dan cara-cara kegunaannya dalam kehidupan. Filem filem sedemikian kini mejadi begitu popular dan mendapat tempat dihati peminat seluruh dunia. Inilah sebenarnya ilmu yang manusia inginkan.
Sekiranya kita dapat memahami dan menggunakan tenaga-tenaga “ghaib” ini secara sah tanpa bergantung dengan kuasa-kuasa jin dan lain sepertimana kita menggunakan tenaga-tenaga lain; maka penggunaan tenaga-tenaga ini dapat kita gunakan tanpa was-was dalam menjalani hidup ini.

Hak Kandungan Terpelihara, Petikan dari Buku: RAHSIA ALAM FIKIRAN DAN TENAGA MAYA
Hasil Tulisan: Dr Sazali Ahmad

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana Hukum Daya Tarikan? Ramai yang masih sangsi
kerana tidak ramai yang mengetahuinya secara menyeluruh. Sebenarnya, hukum tarikan adalah
sama seperti hukum alam yang lain. Ia sama seperti hukum daya graviti yang tidak ada siapa lagi di
dunia ini yang mempertikaikannya. Hukum tarikan adalah satu hukum alam yang sangat mudah
dilaksanakan jika kita benar-benar menyakininya (sama seperti kita meyakini hukum graviti; setiap benda akan jatuh ke bumi apabila dijatuhkan dari satu temat yang lebih tinggi).
Hukum Tarikan akan berlaku dengan 3 langkah yang sangat mudah... :)
Langkah 1
Nyatakan dengan jelas apa yang anda mahukan. Nyatakan dengan SANGAT JELAS. Jika anda seorang
pelajar yang sedang menanti saat peperiksaan tidak lama lagi, nyatakan dengan jelas apakah bentuk kejayaan yang anda mahukan. Contohnya, saya pasti saya akan mendapat 8A dalam peperiksaan PMR tahun ini. Untuk merealisasikannya lagi, nyatakan juga jumlah markah yang sangat
anda yakini seperti 90% untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, 86% untuk mata pelajaran Matematik, dan sebagainya. Nyatakan ia dengan sangat jelas dalam gambaran mental anda dan keyakinan diri anda.
Pernyataan ini akan membuatkan anda menghantar isyarat kejayaan dan keyakinan anda ke gelombang
di alam semesta. Gelombang keyakinan yang anda 'hantarkan' itu akan berada dalam alam semesta dan bergabung serta menarik gelombang kejayaan itumendekati anda.
Langkah 2
Gambarkan dengan jelas apa yang anda rasai apabila menerima keputusan seperti yang anda
yakini. Rasai keseronokannya, kesayuannya, kesyukurannya... Rasailah ia dengan sangat jelas.
Perasaan yang anda rasai itu mestilah sama seperti keadaan yang berlaku apabila anda benar-
benar memperolehi kejayaan itu. Rasai ia dengan penuh perasaan. Gambarkan betapa gembiranya
anda dan keluarga anda apabila menerima keputusan tersebut. Rasai bagaimana seronoknya anda
menggenggam slip keputusan peperiksaan tersebut. Rasai dengan perasaan yang penuh keyakinan.
Langkah 3
Sediakan perasaan untuk menerima kejayaan tersebut. Apabila telah sampai masanya, teruskan
keyakinan tersebut bahawa anda memang benar-benar berjaya mendapat 8A. Terimalah
keputusan tersebut dengan penuh semangat dan yakin. Jangan
sesekali tergambar rasa gementar dan takut jika ia tidak akan terjadi. JANGAN! Jangan sekali-kali merasa
ragu-ragu tentang impian anda, sebermula dari anda melaksanakan langkah yang pertama lagi.
Tetapkan dalam hati anda bahawa anda benar-benar bersedia menerima kejayaan tersebut
dengan penuh yakin. Mudah, bukan? Semudah tiga langkah yang tidakmemerlukan apa-apa halangan di
hadapan, kerana anda telah benar- benar menyatakan ke alam semesta bahawa anda memang mahukan ia
berlaku dan anda sudah benar- benar bersedia menerimanya.

Ahad, 14 April 2013

Zero to Hero 10

Assalamualaikum, apa khabar?
Setelah sekian lama tak blogging (cewah! Bz la konon...)
Akhirnya aku decide utk post content yang amat penting hari ni.
So, apa yang penting sangat tu?
Ok, 1st of all aku nk bagi tau kejayaan tak datang bergolek. Semuanya bermula dengan niat, then keputusan yg kita buat.
Nak pendekkan cerita. Event 1st aku masa join Herbalife ialah Fast Track. Fast Track ni kira lebih kurang mcm HOM tapi lebih bersifat kerohanian. So, nk pendekkan lagi cerita. Almost semua event yg Herbalife buat & distributor buat aku hadir except Zero to Hero(z2h).
Aku diceritakan oleh upline@coach aku bahawa Z2H ni guna byk 'bahasa' MLM. Lebih kpd konsep jual2 barang...
Well, yesterday(sabtu) aku pegi event ni setelah aku decide utk pegi since bulan lepas.
Awalnya coach aku mcm x stuju, tapi lepas aku tetapkan pendirian aku, dia just let go. Cut this short, thanks to Mill.Team Wan Anuar for offering me a ticket to go!
Byk giler cabaran nk pegi event ni. Even hari jumaat tu aku masih x cukup duit nk byr tiket. Sampai hampir kul 12mlm baru aku dpt. Nk cukupkan payment tu aku tpaksa cari customer utk jual 2 SNP. Gilerrr!! Bila dh dpt, nk bank in plak kena reject! Pergh! Malu plak nk bgtau kt abg Nuar. Nasib baik warga nutrisi ni semua sporting n caring....(serius!)
So, sepanjang 2 hari 1 mlm mmg byk aku belajar. Very inspiring & penuh motivasi. Also, How to WORK in Herbalife. Properly!
Day 1 dimulakan ngan prog Casa Herbalife, then few facts about Herbalife & pengasasnya. 2nd session after lunch. Blajar ngan Gen-H Exec.Pres.Team Amalina & Abqari. very inspiring walaupun topic yg diorg present adalah bkenaan marketing plan.
Day 1 finished strong n habis awal(cam kul 4.30 gitu...kot)
Malam tu dinner & party dgn tema 'Arabian Nights'. Very lively coz ada live band(vokalis dia budaj lagi...) & lagu diorang nyanyi si...patriotic! (kdg2 rasa cam kempen je...haha!)
2nd day byk blajar pasal DMO. Sangat2 berguna n now I c, how to grow fast. Byk inspiring n touching stories...(sob..sob...nangis jap)
Then...perutusan dari GM HLF Msia...pastu closing.
Ugh! Eh?
Mesti tertanya-tanya kan. Apsal hari ke2 cam pendek sgt? TAK!
Hari ke2 lah paling panjang. Tapi aku nk save bab ni. Nape? Sebab view aku & view korang tak kan sama! Pandangan u kat event pasti berbeza! Untuk dapatkan pengisiannya, u sendiri kena pergi event! Go to 'Changing People's Lives' pada 27 & 28 April nanti. WAJIB!
Kalau u x nak buat Herbalife sekalipon, u kena dtg supaya, AT LEAST...u tahu mcm mana nk KERJA UNTUK capai IMPIAN u!
Also kat Bukit Gambang Resort City!
Decide now! Jangan tangguh!

Rabu, 3 April 2013

10 Perkara yg kita tahu pasal YAHUDI Tapi Kita buat TakTahu!

1) Israel merupakan salah satu
pembekal rokok terbesar dunia,
namun rakyatnya tidak digalakkan
menghisap rokok yang mereka cipta
kerana mereka tahu akan bahana
dalam kandungannya!
- kita masih marah2 syg suami/abg kita isap rokok. Siap jual lg kat kedai. Walaupun kt kotak rokok ada mesej 'rokok' merosakkan, kita tetap beli walaupun naik harga.
2) Israel mempunyai kepakaran
dalam mencipta vaksin dan mahir
dalam ilmu perubatan, namun ilmu
itu hanya untuk orang luar, kerana
mereka tahu bahan kimia yang
terdapat dalam ubat akan
merosakkan untuk satu jangka masa
panjang. Penduduk israel sendiri
menggunakan Habbatus Sauda
dalam perubatan harian.
- kita masih mengamalkan tabiat makan buruk. Sanggup ambil ubat berulang ke hospital. Takut guna produk kesihatan sbb syg duit.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika
mengandung ialah si ibu/ isteri akan
mendengar si suami membaca,
menyanyi atau mereka akan
menyelesaikan masalah matematik
bersama-sama untuk mendapat bayi
yang bijak dan petah kerana pada
ketika ini fikiran dan perasaan si
isteri adalah bersambungan dengan
anak dalam kandungan berbanding
anda bercakap padanya di perut.
- jgn kata nk selesaikan masalah matemetik, kalo boleh nk tidur all day, makan segala apa yg mengidam.
4) McDonald di israel telah
membuat pengubahsuaian
contohnya dari segi minuman.
Mereka menggantikan kopi berkafein
kepada teh yang mengandungi
polyphenols, iaitu unsur kimia yang
berfungsi sebagai antioksidan
berkekuatan besar untuk membuang
sel rosak dan mencegah kanser. Kita
disini masih lagi menggunakan
KAFEIN BERBAHAYA!
- kita tetap amalkan ngan alasan 'takpelah, skali skala' walaupun 2,3 kali seminggu...
5) Di Israel, mereka akan memakan
buah-buahan dahulu sebelum
memakan makanan utama. Ini
kerana hakikatnya dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti)
dahulu kemudian buah buahan akan
menyebabkan kita merasa ngantuk
dan lemah dan payah untuk
memahami pelajaran disekolah.
Sedangkan disini kita dimomokkan
dengan memakan buah-buahan
sebagai pencuci mulut.
-nasi, nasi, nasi! Mokcik mesti nok makan nasik jugok! Buah & air secukupnya hanya 1%yg amalkan
6) Israel terus melakukan berbagai
usaha untuk menghancurkan Masjid
Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak
50 tahun yang lalu dengan menggali
bawah tanah masjid tersebut agar
runtuh dengan sendirinya?
- kita gali cerita/aib orang supaya org lain x maju dari kita. Sedap makan daging sedara sendiri
7) Majoriti buku sejarah di dunia
mengatakan Negara-negara Arab
yang menyerang Israel terlebih
dahulu pada perang tahun 1967?
Padahal faktanya, Israel yang
menyerang Negara-negara Arab
terlebih dahulu kemudian mereka
merebut kota Al Quds dan Tebing
Barat? Tetapi mereka mengatakan
serangannya itu adalah serangan
untuk menjaga diri dan antisipasi?
-kita x peduli pon. Solat & ibadah lain demi pahala & diri sendiri dpt masuk syurga. Kononnya lah...
8 ) Di Palestin, penduduk kristian
Palestin dan Palestin Muslim bersatu
melawan penjajah yahudi
-penduduk kita muslim vs muslim. Ada bantahan?
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih
dengan taktik ketenteraan dalam
bersukan seperti menembak dan
mamanah bagi melatih otak
memfokus sesuatu perkara dan
mempersiapkan diri jika
perkhidmatan diperlukan dimasa
akan datang.
-pelajar kita pukul cikgu, pukul rakan sekelas & ibubapa harapkan 100% supaya SEMUA cikgu kena selesaikan sbb sibuk nk cari duit, nk lepak kat warung dll
10) Hosni Mubarak merupakan
tulang belakang Israel dan Amerika
selama 30 tahun!
-siapa tulang belakang negara kita selama ni? Ntah?