Sabtu, 23 September 2017

Bila Kita...

Saya tertarik dengan artikel ini. Semuanya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, agak sukar membina kerjaya di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita, walau apapun niatnya. Kerana yg baik itu tetap dari Allah.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya isteri yg sdg berbudi untuk kita turut berkongsi hidup & mengurus keluarga demi mencari Redha Illahi .

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar suara ayah & mak walau dgn perkataan yg mungkin pd kita memedihkan telinga & meluatkan hati bererti kita masih punya 2 lombong ibadah yg besar laluan istimewa ke Syurga yg dikurniakan oleh Allah buat kita, jika kita tetap ikhlaskan hati, sabar & terus berbakti.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal  bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk diri sendiri dan dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini.

Akhir kata sy doakan agar sy & shbt semua diberikn Iman yg tegap, kesihatan yg baik, & hati yg sentiasa bersyukur serta akhlak yg sentiasa gemar menepati sunnah Nabi s.a.w...kerana ianya penting buat perjalanan hijrah yg lebih baik & kompeten disisiNya. InsyaaAllah.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH SEMUA.....

SEMOGA ALLAH MERAHMATI & MEMBERKATI HIDUP KITA DISINI & AKHIRAT SANA.