Sabtu, 19 Ogos 2017

Viral Budak Bangi Berak di Shower

ASSALAMMUALAIKUM

Saya teruja tengok ramai yang masuk Road to Japan harini. Rata-rata yang masuk adalah sebab video viral di Vitti Lodge iaitu salah satu partner lodging RTJ di Osaka. Owner Vitti Lodge tu seorang yang saya sangat hormati dan anggap sebagai abang saya di Osaka.

Kalau stay sana kita terasa macam berada di rumah sendiri dan tak terasa asing dek layanan tuan punya penginapan tersebut iaitu Mr Ema Vitti yang sangat mesra. Bila terjadi kes seperti semalam tu yang saya ikuti kronologi setiap hari sebelum viral, saya sangat kecewa.

Saya selalu menasihati rakan-rakan yang nak ke jepun supaya merancang perjalanan dengan teliti. Adab bertandang ke tempat orang kalau boleh kita selidik sedikit dan cuba untuk hormat negara orang. Cari dan tanya pada orang-orang yang berpengalaman selain dari baca melalui internet.

KRONOLOGI
Kronologi kes ini berpunca dari kegagalan orang yang di viralkan sejak sampai di Osaka lagi. Dapur komuniti di Vitti Lodge perlu dibersihkan selepas digunakan seeloknya. Tetapi teguran oleh adik Qaiyum di anggap oleh mereka sebagai "annoying".

TERLEPAS PENERBANGAN
Selepas mereka terlepas penerbangan mereka disebabkan kecuaian sendiri, mereka pulang semula ke lodge malam tersebut. Kemudian apabila di dapati mereka memasak untuk rakan mereka yang tinggal di tempat lain, mereka ditegur lagi oleh Qaiyum.

PERGADUHAN
Dari sudut etika perbuatan memasak itu sudah dianggap tak beretika sebab menyalahgunakan dapur Vitti Lodge tersebut. Selepas ditegur mereka mula menyerang Qaiyum sebab tak puas hati. Dan terjadilah seperti di dalam video viral tersebut.

Dan tahukah korang, selepas berlaku semua tu, Qaiyum masih lagi mendahulukan kos membaikpulih dinding dapur tersebut dari poket beliau sendiri!

130,000 yen bersamaan lebih kurang RM 5k satu jumlah yang besar bagi seorang pelajar yang tidak dibiayai oleh mana-mana pihak pun.

Qaiyum juga sangat cemerlang dalam pelajaran bahasa jepun dimana beliau telah naik ke tahap N1 dalam tempoh 3 bulan sahaja! ( permulaan N5 - tahap tertinggi N1)

Beliau juga pernah membantu satu syarikat travel penipu dari Malaysia sebanyak 180,000 yen sebab kesiankan guest yang telah di tipu syarikat berkenaan dengan pakej pelancongan ke jepun mereka.

Lebih kurang RM 7,200!! Dan sehingga saat ini, sesen pun duit Qaiyum tidak di bayar. Mungkin ada yang akan kata kenapalah dia masih percayakan orang lagi? Sebab hati dia sangat bersih, hati dia sangat baik, di dunia kita hari ini  masih ada lagi orang yang seperti begini.

Jadi saya minta semua yang membaca tulisan saya ini, lapangkan dada, kita tarik nafas.dan bertenang. Kalau ikutkan hati kita binasa, saya sangat-sangat marah bila Qaiyum bercerita tentang apa yang terjadi kepada beliau.

Tetapi kemarahan jika tak dibendung, boleh mengakibatkan lagi banyak masalah. Jadi mari kita ambil pengajaran dan semoga kita semua lebih hati-hati dalam setiap perbuatan kita tak kira di Malaysia atau luar negeri supaya benda ini tidak berulang lagi.

Terima kasih dan assalammualaikum.

Sekiranya rakan2 ingin menyumbang sedikit pada Muhd Abdul Qaiyum boleh masukkan ke akaun Maybank ibunya.
152069111757 SHARIFAH HARLINA BINTI SYED NOH

https://www.facebook.com/JjStallStory/posts/1443477575728962

"Kamu tertinggal flight.

Dia tolong kamu bagi duduk free sebab fikirkan orang Malaysia tengah susah.

Satu sen pun tak bayar.

Electric, api dan air semua free.


Lepas tu ko berak dekat tempat mandi.

Ko pukul dinding sampai pecah.

Ko sentuh dan tolak dia cari gaduh sampai caci  mak bapak dia.


Apa hal ko nak sentuh dia? Nak tumbuk dia? Dia sombong ke, sound ko ke itu hak dia sebab dia dah tolong ko kasi tidur free tahu.


Dia takkan sound kalau ko tak buat salah.


Ko dah memalukan nama Malaysia.


Selagi ko tak bayar balik ganti rugi tu pergi minta ampun balik dekat dia, sampai bila pun tak berkat. Rezeki ko akan jadi mahal nanti.


Satu jer yang bagus dalam kes ini. Ko dah famous satu Malaysia. Siakapkeli, vocket, etc semua dah tulis pasal kes nie.


Ko akan rasa takut pada diri sendiri, rasa macam diperhatikan bila keluar dekat public. Rasa ada banyak mata memandang, mengata belakang ko. Tak tahu la ko boleh hadap ke tak.


Fikir dulu sebelum buat.." - Anonymous


Khamis, 17 Ogos 2017

Bahaya Susu Pekat Manis

Konspirasi Gula Di dalam Susu Pekat Manis

Disangka susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah #konspirasigula semata mata!

Susu Pekat Manis di proses dengan menambah “dosa dosa” dari gula yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya tidak di buka dari tin. Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut. Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%.

Masihkah anda ingat kepada satu iklan yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline “ Membesar Dengan Susu Cap  X ?”

siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak kanak berebut minum “susu” berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

Menggunakan tagline "Minuman Yang di Percayai  Turun Temurun", bermakna sudah turun temurun kita tertipu!

Pada ketika itu (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada susu tepung.

Seperti mana produk #konspirasigula yang lain, produk Susu Pekat Manis juga di war warkan dengan slogan Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

---------------------------------------------------------
Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis? Fikirkan Semula..

Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA. Susu Pekat Manis di gunakan secara berleluasa sebagai pemanis minuman seperti teh Tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat  dan sebagainya. Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya.

Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.  Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram.

Mengikut pecahan kaum, MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.
-----------------------------------------------------------
Teh Tarik Sebagai BONEKA #KONSPIRASIGULA?

Teh Tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada #konspirasigula.

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor
Daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak,''

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat. Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

-------------------------------------------------------

Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikaisnya

Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami maslaah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung .

Menurut kajian pada 2013 Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis.

Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya.

Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis,
Ingats Diabetes dan Komplikasinya.

Mesej dari Public Health Malaysia

Rujukan
1. Maria Sofia V Amarra,Geok Lin Khor, Pauline Chan. Malaysia Added Sugar Intake. Asia Pac J Clin Nutr 2016;25(2):227-240.
2. http://www.milkingredients.ca/index-eng.php?id=193
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Condensed_milk
4. Teh tarik sedap tapi mudarat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm
5. http://www.livestrong.com/article/267787-sweetened-condensed-milk-nutrition-information/
6. http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=943

Tonton iklan susu pekat manis pada tahun 80 an
https://www.youtube.com/watch?v=DaAHertJCEM
https://www.youtube.com/watch?v=AkDMzBLprlU
https://www.youtube.com/watch?v=lbKgc2sWyfM
https://www.youtube.com/watch?v=fe5K3Vt-Lic

Jumaat, 11 Ogos 2017

Kelebihan Protien Soya

Tertanya-tanya apakah manfaat protein soya untuk kesihatan anda? Baca manfaat ini untuk kelihatan lebih baik, dan berasa lebih baik.

Forever Lite adalah 100% protein berasaskan tumbuhan dan makanan kalori yang rendah dengan hanya 96 kalori setiap hidangan atau kira-kira 220 kalori setiap hidangan dengan 300ml susu skim.

Bukan sahaja protein, vitamin dan mineral juga tinggi, ia juga bebas gluten dan sumber serat makanan, ia ditambah dengan Aminotein (campuran unik enzim protein) dan sesuai untuk lactose-intolerant.