Khamis, 21 Jun 2018

Bolehkah elektrik masuk ke dalam badan kita melalui flash?

Buyong Ahmad Zainuddin:
Salam sejahtera semua. Info dari salah seorang pekerja letrik ini boleh memberi peringatan kpd kita dan anak2 kita utk sentiasa beringat sebelum terkena.

"Saya selaku org letrik ingin menyampaikan satu ilmu..

"Boleh ke elektrik masuk ke dlm badan kita melalui flash atau kamera digital?"

Ya betul.. 100% boleh jadi.

Ini kejadian yg benar. Terjadi kepada pelajar Engineering yg berumur 21 tahun dan meninggal dunia di hospital dlm keadaan dia yg terbakar/hangus.

Puncanya time dia menunggu keretapi dgn kawan2 dia. Ramai yg amik gambar cam biasa selfie lah kan. Pakai kamera dgn phone.

Lelaki pun try nak selfie or wefie ramai2. Dari jarak dia berdiri. Dia tak boleh nak selfie dgn semua kawan2 dia. Jadi dia pun ke belakang sikit..

Tempat yg dia berdiri tu ada wayar elektrik yg voltannya 40,000 volt sedang mengalir.

Sebaik je dia tekan button kamera tu, elektrik yg 40,000 volt tu terus masuk ke kamera melalui flash dan terus ke seluruh badannya.

Kejadian ini berlaku dalam beberapa saat. 50% dari badannya terbakar. Dgn keadaan macam tu dia dibawa ke Hospital Keshwani dgn ambulans. Dia tak sedarkan diri utk sehari setengah. Badannya 50% terbakar dan doktor pun rasa dia takde harapan. Tak lama lepas tu dia meninggal dunia.

Benda ni boleh jadi kat semua orang.

❌elakkan penggunaan phone di pam minyak

❌elakkan penggunaan phone ketika memandu

❌jangan angkat call bila phone tgah cas...kalau nak angkat call pun, cas kena bukak baru angkat call

❌bila phone tgah cas jgn letak kat katil atau perabot kayu

❌jangan guna flash kamera atau phone kat tmpat kereta api atau tmpat yg ada voltan tinggi

..ini utk keselamatan. Selepas baca ni tolong sebarkan sebab semua nyawa boleh diselamatkan.

Pesanan yg sangat penting utk semua terutamanya kepada mereka yang rajin selfie.


Ahad, 10 Jun 2018

Terlelap Ketika Memandu?

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'konar'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

BERHENTI.
LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
#medicalmythbustersmalaysia
#drafh
#microsleep
#opssikap


Rabu, 6 Jun 2018

OKU Jual Mercun

Ini bukanlah suatu perkara yang baru bagi saya. Cuma yang menjadikan cerita ini istimewa adalah kerana ia berlaku dihadapan mata saya sendiri.

Al-kisah, kes beliau jual mercun ni dah lama dah sebenarnya. Tapi kerana degil dan ego beliau tetap lakukannya.

Saya tak nafi untung sangat tinggi. Tapi kalau dah diberi amaran banyak kali, kita patut ambil serius.

Kes ini sebanyak sedikit mencalarkan imej para OKU dan JKM yang selama ini banyak membantu. Seolah-olah tiada pilihan lebih baik untuk dijual.