Rabu, 17 April 2019

"Ingat senang ke nak sabar?"


Biasa saja dengar perkataan "Ingat senang ke nak sabar?" terutama dari orang yang tengah marah.

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia di kalangan peminat bola sepak khususnya.

Tentang seorang pemain tengah satu pasukan yang tunjuk isyarat lucah kepada penyokong pasukan lawannya.
Teringat saya tentang satu kisah pada tahun 2017 yang lebih kurang sama tentang seorang kapten pasukan bola sepak yang terkenal di negara ini.

Beliau menyebut perkataan yang tidak baik kepada penonton di stadium setelah menang perlawanan tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan pemain bola sepak atau mana-mana sukan amnya bukanlah perkara yang baru.

Bila rasa tertekan dan beremosi, memang macam-macam cara seseorang itu meluahkan perasaan.
Dan melakukan perbuatan yang biadap juga tidak terkecuali.

Namun, sebagai seorang muslim, Allah telah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Dalam masa terdekat ni ada 4 perlawanan Liga Super yang saya nantikan.
1. JDT vs PKNS FC
2. Selangor vs PKNP
3. Perak vs Pahang
4. Melaka United vs Kedah FA

Semoga perlawanan akan datang tidak lagi tercemar dengan insiden seperti ini lagi.

Pasukan mana pilihan anda?

Gambar hanya sekadar hiasan. Sempena Avengers: End Game 24 April ini hehehe

Maksud Kepala KOD Pada Kad OKU

Assalamualaikum,
Salam sejahtera.

Saya pasti ramai dikalangan kita dah cukup peka tentang kewujudan OKU di negara kita ini

Hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kategori OKU di Malaysia

Kenapa kita perlu tahu kod ini

Supaya mudah untuk kita siapkan minda kita untuk bersemuka dengan mereka

Mana tahu, orang yang anda berurusan itu mungkin OKU yang ada masalah mental

Untuk pengetahuan, setiap OKU yang layak terima kad OKU telah didiagnos oleh doktor bertauliah serta mempunyai rekod kesihatan masing-masing.

KOD: Jenis kekurangan
======
DE: Pendengaran
akronim dari DEft. bermaksud pekak

BL: Penglihatan
akronim dari BLind. bermaksud buta

SD: Pertuturan
akronim dari Speaking Disability. bermaksud ketidakupayaan untuk bertutur dengan baik atau bisu.

PH: Fizikal
akronim dari PHysical. Bermaksud cacat anggota fizikal

LD: Masalah Pembelajaran
akronim dari Learning Disability. iaitu lembam atau mempunyai daya penghadaman ilmu yang rendah.
Sehingga masa kini, penghidap sindrom down dan autism juga dikategori bawah kod ini

ME: Mental
akronim dari MEntal disorder. maksudnya kecelaruan mental. seorang penghidap masalah mental tidak semestinya gila. Dia mungkin juga hilang kewarasan apabila emosinya terganggu.

MD: Pelbagai
akronim dari Multiple Disabilities. Iaitu mempunyai ketidakupayaan selain dari yang dinyatakan di atas atau mempunyai lebih dari satu kekurangan. Contohnya, seorang yang buta dan juga tiada kaki.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.