Khamis, 30 April 2015

Resepi: Strawberry Parfait F1

Untuk entry kali ini, saya nak kongsi sikit resepi sarapan sihat. Senang je nak buat...
Untuk resepi ini saya guna Herbalife F1 Powder supaya khasiatnya lebih lagi...

Bahan-bahan: (4 Orang)
* 6 cawan hirisan strawberi beku.
* 1/2 cawan raspberi beku. (kalau tak ada boleh letak buat beri lain pun boleh. tapi strawberry saja dah memadai)
* 1 cawan yoghurt vanila rendah lemak.
* 4 scoop F1 Strawberry. (atau boleh guna 1/2 cawan gula kalau anda tak guna produk. F1 Vanilla juga boleh) 
Cara-cara:
1) 4 Cawan strawberry beku letak dalam blender
2) Campur sekali bahan-bahan lain. 'Blend'kan sampai jadi macam ice blended yang lembut dan gebu.
3) Letak adunan tadi dalam 4 gelas. Suku sahaja, lepas tu letaklah hirisan buat strawberry tadi. Nak campur buah lain, atau sos coklat pun boleh... Kacang hancur ke...boleh juga. Lepas tu, letak lagi adunan tu. Selang selikan.
4) Masuk peti kejap dalam 30 minit. Lepas tu boleh la hidang!

 Selamat mencuba!

Tiada ulasan: