Jumaat, 21 Julai 2017

Memperbaiki Hidup

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...

Rabu, 12 Julai 2017

MAMPUKAH ANDA MELAKUKANNYA?

MAMPUKAH ANDA MELAKUKANNYA.........?
"tanpa diet menyeksakan..."
InsyaALLAH anda mampu lakukannya.....

1. Mengatur fikiran untuk kurus (Mindset Diet)

Setelah membuat keputusan untuk menurunkan berat badan, maka harus melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Jangan bertangguh untuk melakukannya,lakukan hari ini juga!. Bukannya besok, lusa atau minggu depan. Biasanya kebiasaan menunda-nunda ini yang menjadi masalah. Jika anda salah seorang yang berpikiran seperti ini, anda tidak akan kurus jika terus berpikir seperti ini.

Alasan banyak orang diet adalah karena mindset diet terlalu lemah, yang harus anda pikirkan janganlan “masih ada hari esok”, tetepi bagaimana caranya agar “besok saya kurus”.

Banayk orang yang berkomitmen diet saat ini juga, tetapi 2 hari, 3 hari, atau bahkan seminggu kemudian, mereka lupa dengan komitmen diet mereka sendiri, mereka secara tidak sedar mengingkari janji dengan makan-makanan berkalori seperti soda, burger

Saya katakan, diet  tidak akan berhasil jika komitmen kamu lemah!

Masalah lainnya setelah melakukan diet secara susah payah, berat badan turun tidak seberapa, eh tetapi naik lagi. Macam mana?

Saya katakan, ini mungkin susah anda terima. Hampir semua aktiviti memang seperti itu, kita bangun dari awal secara susah payah, tetapi satu kesalahan kecil membuat semua berantakan. So, diet juga seperti itu. Saya akan berikan 4 mindset diet yang harus anda tanamkan.

Mental diet, mental yang kuat, emosi yang bahagia, dan kondisi spiritual yang stabil

Jangan salah, bukan bererti anda mengabaikan diet, tetapi anda tidak boleh terlalu keras terhadap badan sendiri. Setelah kegiatan diet selesai, sangat alami jika berat badan anda naik lagi, bahkan jadi lebih berat dari sebelumnya. Jangan panik!

Diet hanyalah kegiatan jangka pendek kamu menurunkan berat badan, masalah sebenarnya ada pada mental, emosi, dan kondisi spiritual.

FOREVER LIVING KEDAH
013 973 3779

Selasa, 4 Julai 2017

7 SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA

❇️1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇️2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇️3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇️4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇️5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇️6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharu
snya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇️7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah KEJAYAAN sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT ! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

BERBAKTILAH untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Sebarkan mesej bermanfaat ini...
Nilai Duit.......

- Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
- Duit .. tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
- Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
- Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
- Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
- Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
- Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

D-don't.
U-use.
I-intelligence.
T-the wrong way.

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                    
1.   Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   Ingin dipermudahkan urusan   -   Bacalah Al-Quran
4.   Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.   Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.   Berdukacita. -  Berdoalah
8.   Mahukan keberkatan  -  Berselawatlah.

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak  untung
Yang untung, orang yang mempratikkannya, insyaAllah.

Mari kita amalkan & sebarkan.

Terima kasih kerana membaca.