Selasa, 26 Mei 2009

Tanda-tanda Anda Bayi Tahun 70~80an

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah??? Hmm.....mesti pegang cawan warna-warnikan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah... Ingat tak masa misi kat sekolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena laa tampal.

Ni sure korang ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak2 time tu minum susu. Sekotak 30 sen je beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul
tapak tangan...kan? ??

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen je kat kantin.

Time sekolah menengah, korang sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet??? Email???? Mendalah ape tu??? CD??? ape tu???? Kaset tape pernah la dengar. Tiket wayang pun 5 ringgit je. Kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang & Tora chocolate balls yang ada mainan kat dlm dia, 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bila dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar sekolah tu...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje sekolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani (PJ). Main bola laa, rounders laa...Permainan kegemaran main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia!

Lipat kertas kecik2, pastu buat lastik. Hmmm... Ni pun kita main dulu ni. Baling2 kapur laa.

Hmm... budak2 kat universiti sekarang, kebanyakannya lahir thn 90an. Sekarang digelar 'remaja'. Bagi dia org, mana penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang dia org tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi dia org, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak dia org lahir. CD pun wujud time dia org lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu.

Dia org percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Dia org tak blh bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.
Dia org tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Dia org tak percaya pernah ada TV hitam putih...dan dia org sekarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control. Dan dia org tak paham macam mana kita boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke...... :

1. Korang paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korang sure tersenyum... .
2. Kebanyakan member2 sekolah menengah kita dah kawin
3. Korang sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je
4. Kita geleng kepala bile nengok budak2 skolah rendah & menengah guna handphone
5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. Bila jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. Last sekali, bila dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lama korang. Sure dia org suka punya laa... hehehe

Isnin, 25 Mei 2009

Lama dah...

Dah lama tak makan chickenchop kat Restoran Padi.

Takdelah sedap mana...

tapi boleh tahan jugalah...harga pun ok.

chicken chop

maaf sebab gambar kabur...tapi terliur tak?

Buka Bisnes Cara Mudah

PROGRAM PENGAGIHAN KEMBALI KEUNTUNGAN SYARIKAT TANPA SYARAT diperkenalkan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam bidang perniagaan menerusi pelbagai saluran perniagaan KRYPTONWORKS.
 http://www.kryptonworks.net/?id=aegis85

Dengan program ini anda akan dapat menjana pendapatan menerusi perkongsian keuntungan bersama KRYPTONWORKS. 

PENDAPATAN 1 

Untuk menyertai program ini, anda perlu:
Membuat pembelian pakej yang ditawarkan (maksimum RM1000)
Membuat jualan balik produk kepada syarikat (pilihan)
Membuat belian balik pakej sebulan selepas pembelian balik (maksimum 12 bulan)


Anda akan mendapat keuntungan sebanyak RM245 (Pakej RM100), sekiranya anda, tanpa gagal, membuat belian balik selama 12 bulan. 

PENDAPATAN 2 

Dengan membuat pembelian pakej, anda akan mendapat beberapa faedah daripada syarikat termasuklah unit dalam Sistem Affiliate Kryptonworks.

Dengan jaringan insentif bernilai RM5 setiap unit, anda akan berpeluang menjana pendapatan sebanyak RM19,525.  

PENDAPATAN 3 


Dengan memperkenalkan pelanggan-pelanggan baru untuk pembelian pakej kami, anda akan mendapat royalti pengenalan. 

Komisyen sebanyak 3% daripada jumlah pembelian yang diperkenalkan pada level pertama setiap bulan. Komisyen sebanyak 2% daripada jumlah pembelian yang diperkenalkan pada level kedua setiap bulan. 

PENDAPATAN 4 


Jika anda membeli pakej kurang daripada RM1000 (dalam PENDAPATAN 1), anda masih boleh membeli pakej yang baru. Dengan ini anda akan menjana lagi pendapatan menerusi kaedah PENDAPATAN 1, PENDAPATAN 2 dan PENDAPATAN 3 di atas.

 http://www.kryptonworks.net/?id=aegis85

Awak

tak tahu lah siapa penulis asal. dapat dr email...

Awak

Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Jadi you can always count on me

Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal nak elak dari pengsan…

Awak
Hari ni awak datang kelas saya
Tapi Saya buat bodoh ajer
Padahal bumi ni rasa macam dah tak cukup graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel
Semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
Padahal nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadik senyum pun tak guna

Awak
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat-buat pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak

Awak
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak tak penah dengar all the gud lucks and take care hari-hari

Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa cam jauh giler
Padahal tak sampai sedepa

Awak
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap ape
Jadi saya blah macam tu aje

Awak
Hari ni berubah situasi
Tapi Saya still kat sini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak
Hari ni saya nampak awak dari kedai
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri

Awak
Hari ni saya dah janji..nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi

Awak
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah takde harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa sendiri

Awak
Hari ni hari terakhir nampak awak
Tapi awak tak toleh sini
Awak fokus kat tv

Awak
Hari ni saya tengok gambar kita senyum
Tapi gambar tinggal gambar
Nak buang sayang nak simpan sedih

Awak
Esok antara kita ada “balai berlepas”
Esok…tiada esok untuk saya
Esok juga…tiada esok untuk awak

Awak

Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Buat sakit hati

Awak
Sebelum pergi
Hari ni..kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab kenal awak anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak