Rabu, 19 Ogos 2009

CUMA ALLAH YANG TAHU....

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari
jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari
jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi
pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15
ramadan

dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur,
pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan
kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas
muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA
Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi
ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha
mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni
dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah
ni untuk maklumat lanjut...



Nu ' aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara
di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada
malam Jum ' at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur,
menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari
pingitannya, pada malam Jum ' at di tahun terjadinya banyak gempa.
Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum ' at,
masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya,
sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah
telinga kalian.. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka
bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus,
Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa
melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak
melakukan hal itu akan binasa".

----reply dr seorang pembaca----

pada tarikh t'sebut kalau ikut kajian. memang polar bumi akan berubah. jadi kiamat memang akan berlaku.

TETAPI

kiamat yang akan berlaku pada tahun tersebut, 2012. akan berlaku secara mutashabihat(kiasan). atas sebab:

1: di barat kumpulan illuminati/freemason(boleh cari kat youtube tentang "the arrivals") akan mula tumbang saat mereka cuba bangkit sebagai dajjal(bukti: wang amerika ada lambang mata satu, juga pada gereja mereka).

2: islam bangkit dari timur pada 2012, tatapi tidak diketahui daripihak mana. kalau berlandaskan al-quran surah al-a'raf ayat 137

"Dan Kami wariskan kepada kaum yang telah tertindas itu akan bahagian timur bumi dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya dan telah sempurnalah Kalimah Allah yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka, dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan"

contoh "bahagian timur bumi dan daerah-daerah baratnya" terdapat dalam surah at-tin.

[1] Demi buah tiin dan zaitun, - tin(asal dari palestin - nabi isa) - zaitun(mesir - nabi musa)

[2] Dan gunung Tursina, (bukit sinai,iraq - ibrahim)

[3] Serta negeri yang aman ini;-(Mekah - Muhammad s.a.w)

selainnya: melaka(terletak ditimur negara bagian barat), damak(juga terletak ditimur negara bahagian barat), afrika, kobe(jepun) dll

3 maka pada tahun yang sama akan berlaku pertembungan 2 tamadun yg bertentangan. NAMUN, islam yang bangkit itu tidak disukai oleh orang islam sendiri. penjelasannya seperti dalam al-imran ayat110

"Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq." (3:110)

banyak tentang ahli kitab masa kini boleh dirujuk dalam surah ni....

contoh ajaran yang x betul di ajar pada kita ialah:

"orang islam pasti masuk syurga, kalau ade dosa masuk neraka sekejap, pastu keluar balik"

sebenarnya ajaran ni dah pesong. sebab mereka TAFSIR hanya kepada satu ayat iaitu dr surah maryam(19) ayat 72

[72] "Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam Neraka itu. "

sedangkan dalam ayat2 sebelumnya tidak ada menyatakan "masuk".

[68] Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam. [69] Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka. [70] Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dengan api Neraka itu. [71] Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.

sebaliknya menceritakan tentang perjalanan menuju ke syurga/neraka...yang mana jelas skali tentang titian sirat .

kerana bukti kukuh terdapat dalam ayat berikut

“Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu.” Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji daripada Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?” (al-Baqarah: 79-80)

yang mana ini adalah dari fahaman yahudi!

sebab Allah dah cakap dalam surah a-balad(90)

[18] (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). [19] Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur(ingkar) akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. [20] Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

secara logiknya. adilnya Allah kurniakan syurga pada hambanya yang beriman, iaitu yang mengakui dosanya di dunia & segera bertaubat. sedangkan mereka yang berilmu(cth: ustaz, ahli2 kitab, sesiapa pun yang telah difahamkan) tetapi masih lagi ingkar WALAUPUN SATU! tetap akan masuk neraka.

Satu lagi fahaman yang perlu dijelaskan ialah dr surah al-baqarah(2) ayat 24

"Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir(ingkar)."

kamu = orang islam <---untuk dibakar

manusia & batu-batu = orang kafir yg haq(penganut selain agama islam) <---sebagai bahan bakar

harap anda dapat inform ni pada semua oumat islam supaya mereka tidak TERsesat.

Khamis, 13 Ogos 2009

2,3 cerita lucu

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad
endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

=====================================

Cerita 2

Ada la seorang lelaki datang ke sebuah rumah
untuk meminta derma. Derma untuk rumah
orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.

Budak : Derma ape bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik
ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti jap saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????

=====================================

Cerita 3

Tunang Farid, Siti menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. Saya dah ada
teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan
semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu
gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang
selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

======================================
Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

======================================
Cerita 5

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda
dan kebetulan pada jalan pulang terserempak
dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu.

Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah
kawanya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1
sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Jalan Pintas Mekah - Taif

1430




Mohd S Abdullah

Lab Technician, Laboratory
Yanbu Industrial City 51000
Saudi Arabia
DISCLAIMER

Teladan perangkap tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lumbu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Elehh
engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Dari mana Datuk Siti mendapat Idea tudungnya

Siapa tak kenal Datuk Siti........... sebut saja Siti Nurhaliza ...satu malaya kenal..
.Dato Siti memang manis bertudung walaupun ada banyak komen dari para peminat
dari cara pemakaiannya...

tapi tahukah anda dari mana Datuk Siti mendapat Idea tudungnya..............


KLIK GAMBAR DI BAWAH


Hubungan antara manusia dan buah ( !8 sx )

Masa buka email pagi ni..dapat cerita pasal buah2 danhubungannnya dengan manusia..

Jangan suka mendedah tubuh

Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
adilah seperti buah...................Klik di sini untuk membaca seterusnya

Cerita Rosman

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat...

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…..

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran….

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa….

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan….

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

50 tips pikat lelaki..

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

ceritanya begini, bulan lepas masa...

ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini
aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.
Sebab lapar akupun singgah
satu kedai makan tu...
ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur
rebus..

lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik
nanti.
Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak
pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,
isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk
aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain
hitam yan g diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan
dipimpinnya aku sampai ke meja makan

Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan
cuba
buka ikatan yan g menutup mataku.Aku nak pergi toilet
sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan
'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba
telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan
sekian
lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler
berapa
biji telur tah aku bedal tadi...

Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah
punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh
bau
jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas
pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam
bau
telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon
berdering
lagi... hai lamanya tunggu isteri
aku ni, aku
tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power
punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku
bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit
meja makan dibuatnya... pehhhhh tak tahan aku
bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa
bau
dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati
bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!HAPPY BIRTHDAY!!'
dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday
aku hari ni le... camne boleh lupa ni..Aku buka le kain
penutup mata aku.. mulutku terus melopong...
ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua
aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk

keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah
rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu,
aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak
sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'
Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.:

HABIH :. ;-p

jin oh jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan
gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu
tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya
supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat
dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan
Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua
iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak
Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab
orang-orang Melayu dilarang mengunakan
kemenyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Tetapi orang-orang
melayu ini degil, suka sangat dengan
asap kemenyan. Beliau menambah,
orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,
sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (
sptKLCC), tandas dan
kubur.


6) Beliau menasihat apabila ingin buang
air di perjalanan (contohnya jalanraya),
perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman,
Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin
sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang
lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi
cucu cicit jin!!!!


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,
itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang
tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di
kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh
serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah wafat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang,
terutama di waktu tengah malam. Jin suka
mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga
buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak
berpenghuni atau rumah yang baru siap
belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di
galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Jin lari selama 3 hari.
Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang
melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah
malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali
henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk. * Kalau
rajin..Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim Muslimat yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah
satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Rahsia Bantal

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal


Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal


Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

Hantu KLCC

Baik-baik bila pergi ke KLCC.. bawa kawan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC. Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jum'at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian... .Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. kemudian, pintu lift terbuka tanpa ada siapa-siapa di dalamnya.. . Dia masuk dan tekan tombol "G" untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas. Ketika sampai di Tingkat 59 lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri dibelakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya...

Siapa perempuan itu,dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat kesatu tingkat. Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti seketika dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya .. bulu romanya tiba-tiba saja merinding ... dia pun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa besar... lalu berkata.....

"Maaf ya.... saya terkentut... . Awak tak marah, kan ?"

PENJAHAT DAN PENJARA

Sepasang pengantin baru sedang bersiap-siap untuk menikmati malam pertama mereka. Pengantin perempuan berkata,

"Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang malam pertama. Boleh abang terangkan dulu sebelum kita melakukannya? "

"Ohh, itu senang sangat! Kita ni anggaap jer macam penjara. Yang ayang 'punya' tu selnya dan yang abang 'punya' adalah penjahatnya. Kat penjara, penjahat kan ke harus dimasukkan ke dalam sel." Terang pengantin lelaki sambil tersengih-sengih.

Lalu mereka pun mulai bercumbu-cumbu mengharungi lautan asmara...

Ketika semuanya sudah selesai, si pengantin lelaki terbaring kepenatan lalu cuba untuk memejamkan mata. Tiba-tiba si pengantin perempuan berkata,


"Bang, 'penjahatnya' terlepas."

Mendengarkan itu, pengantin lelaki pun mulai memasukkan 'penjahatnya' sekali lagi.

Rupa-rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama kali dirasakannya. Setiap kali selesai, dia mengatakan bahawa penjahatnya lepas atau melarikan diri keluar dari 'selnya'.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata,

"Yang, 'penjahat' yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup!"

ALASAN NAK BALIK AWAL

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;


Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!


Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!


Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!


Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah! !

CERITA MONYET VS TARZAN

Dalam Hutan Hujan Tropika yang terpencil tinggal seorang Tarzan yang bijak, hensem dan kuat. Semua binatang takut dan hormat dengan Tarzan ini terutama kumpulan monyet bontot merah. Hendak dijadikan cerita kumpulan monyet ini bertemu dan berbincang mengenai pembangunan kumpulan mereka. Ada pula seekor monyet ini bersuara dan menyatakan ketidakpuasan hatinya. Ia berkata "kenapalah sepandai-pandai Tarzan itu tidak terfikir untuk memakaikan kita cawat seperti dia pakai takkan itu pun dia tak perasan". Monyet lain pun bersetuju dan menjerit-jerit. Ada monyet lain pula bersuara "mesti ada rahsia yang kita tidak tahu..dan Tarzan tidak mahu kita memakai cawat tu" Betullah! kata monyet lain.

"Apa kata kita selidik sebab Tarzan memakai cawat dan dia tak nak kita pakai" kata Ketua Monyet. Kalau macam tu kita hantar beberapa ekor moyet untuk menyelidik tetapi tidak boleh ramai-ramai nanti dia perasan..kata Timbalan Monyet.

Akhirnya semua monyet setuju untuk menghantar 4 ekor monyet utk menjadi mata-mata. Maka pada keesokkan harinya keempat-empat monyet ini pergi dan menunggu di tempat biasa Tarzan mandi. Setiap ekor monyet memanjat 4 penjuru pokok keliling kolam tempat biasa Tarzan mandi.

Sebelum waktu maghrib, Tarzan pun pergi ke tempat biasa dia mandi dan membuka cawatnya dan diletakkan di tepi kolam. Kedengaran di suatu sudut bunyi sesuatu benda jatuh dan kedengaran juga disudut lain sesuatu jatuh. Rupa-rupanya setiap ekor monyet di atas pokok di setiap penjuru itu jatuh kerana ketawa berdekah-dekah. Lalu keempat-empat monyet ini berlari menuju tempat berkumpul sambil ketawa terbahak-bahak. Monyet lain kehairanan dan bertanya mengapa monyet yang menjadi mata-mata itu ketawa.

Akhirnya monyet yang ketawa tadi mencerita apa yang berlaku "patutlah Tarzan memakai cawat, rupanya EKOR dia kat depan" ..Maka tergelaklah semua monyet yang berkumpul itu...

MORAL : (jangan suka gelakkan orang lain @ jangan jadi monyet..hehe) Setiap orang membuat andaian mengikut pandangan mereka sendiri sebab mereka TAK TAHU. Jadi kalau kita menerangkan perniagaan kita pada orang lain kemudian mereka mengelak dan membuat andaian yang tidak sepatutnya..Relax.. SESUNGGUHNYA MEREKA TIDAK MENGETAHUI..adalah tugas kita menerangkan mereka agar mereka faham.