Khamis, 13 Ogos 2009

CERITA MONYET VS TARZAN

Dalam Hutan Hujan Tropika yang terpencil tinggal seorang Tarzan yang bijak, hensem dan kuat. Semua binatang takut dan hormat dengan Tarzan ini terutama kumpulan monyet bontot merah. Hendak dijadikan cerita kumpulan monyet ini bertemu dan berbincang mengenai pembangunan kumpulan mereka. Ada pula seekor monyet ini bersuara dan menyatakan ketidakpuasan hatinya. Ia berkata "kenapalah sepandai-pandai Tarzan itu tidak terfikir untuk memakaikan kita cawat seperti dia pakai takkan itu pun dia tak perasan". Monyet lain pun bersetuju dan menjerit-jerit. Ada monyet lain pula bersuara "mesti ada rahsia yang kita tidak tahu..dan Tarzan tidak mahu kita memakai cawat tu" Betullah! kata monyet lain.

"Apa kata kita selidik sebab Tarzan memakai cawat dan dia tak nak kita pakai" kata Ketua Monyet. Kalau macam tu kita hantar beberapa ekor moyet untuk menyelidik tetapi tidak boleh ramai-ramai nanti dia perasan..kata Timbalan Monyet.

Akhirnya semua monyet setuju untuk menghantar 4 ekor monyet utk menjadi mata-mata. Maka pada keesokkan harinya keempat-empat monyet ini pergi dan menunggu di tempat biasa Tarzan mandi. Setiap ekor monyet memanjat 4 penjuru pokok keliling kolam tempat biasa Tarzan mandi.

Sebelum waktu maghrib, Tarzan pun pergi ke tempat biasa dia mandi dan membuka cawatnya dan diletakkan di tepi kolam. Kedengaran di suatu sudut bunyi sesuatu benda jatuh dan kedengaran juga disudut lain sesuatu jatuh. Rupa-rupanya setiap ekor monyet di atas pokok di setiap penjuru itu jatuh kerana ketawa berdekah-dekah. Lalu keempat-empat monyet ini berlari menuju tempat berkumpul sambil ketawa terbahak-bahak. Monyet lain kehairanan dan bertanya mengapa monyet yang menjadi mata-mata itu ketawa.

Akhirnya monyet yang ketawa tadi mencerita apa yang berlaku "patutlah Tarzan memakai cawat, rupanya EKOR dia kat depan" ..Maka tergelaklah semua monyet yang berkumpul itu...

MORAL : (jangan suka gelakkan orang lain @ jangan jadi monyet..hehe) Setiap orang membuat andaian mengikut pandangan mereka sendiri sebab mereka TAK TAHU. Jadi kalau kita menerangkan perniagaan kita pada orang lain kemudian mereka mengelak dan membuat andaian yang tidak sepatutnya..Relax.. SESUNGGUHNYA MEREKA TIDAK MENGETAHUI..adalah tugas kita menerangkan mereka agar mereka faham.

Tiada ulasan: