Isnin, 27 Februari 2017

Cerita Februari 2017

 Februari sangat memenatkan... banyak aktiviti sampaikan banyak kerja tertangguh.
Duit tak payah cerita lah... mengalir keluar macam air!!
Hahaha kelakar tak?

 Masa 19hb itu hari sempatlah saya attend seminar e-usahawan di UiTM Merbok, Sg.Petani.
Kelas seharian jugak lah... Makan semua diorang provide. Seminar ni free je...

Esoknya dah dapat text dari abang Yus ajak teman dia pergi buat kerja kat area Selangor

Esoknya, 20hb... Pagi-pagi saya dah breakfast makan laksa. Ha... hantu sangat kalau jumpa laksa! Cuma yang bestnya, kali ni dah ada kedai laksa murah buka dekat je ngan rumah. Tak sampai satu kilometer. Apa lagi? Bedal la... RM2 je pun... kalau tempat lain kompom kena kapak. Hehehe....

 Okay, kami gerak tengah hari tu dalam pukul 2.30petang. Alang-alang belum lunch dan dah lama sangat teringin nak pergi restoran Ramly ni, kami pun singgah RNR Bukit Merah. Set makanan kat Ramly ni memang berbaloi harganya. Rasa pun tip top! Lagi best dari McD pada pendapat saya. Saya ambil set Ocean Prawn Burger, abang Yus ambil Beef Oblong Burger. Total cuma Rm17 je... ada frence fries yang besar-besar dan cawan besar minuman karbonat.

Kitorang sampai KL sekitar pukul 9.00malam. Tido kat WL Hotel kat Sungai Buloh.
Esoknya 21hb bermulalah kerja masing-masing....

Okay, nak pendek cerita... 21hb~23hb tu memang busy giler sampai nak update facebook pun malas.

 Masuk 22hb, hari Rabu, kami stay kat Goodhope hotel shah alam Seksyen 13. Hotel ni, Abang Yus yang nak sangat. Kenangan katanya... Tapi saya pula...

 Since kitorang dah dekat sangat dengan sekyen 14, saya cadangkan singgah ke Anggerik Mall. Sini ada banyak produk Mara dan berkaitan ICT yang murah-murah!!

 Yang paling penting dapat la singgah centre onexox milik AD Nasoha ni. Hari ni hari dia jaga centre tu...


 Depan Anggerik Mall ni ada food truck time malam. So, apa lagi... dinner kat situ jelah... makanan okaylah... nak kata sedap sangat tu tak lah... tapi berbaoi. Harus korang cuba kalau datang!

 Esoknya, kerja di Putrajaya

 Banyak urusan kat sini....

 Sebelum tu... Sempat jugalah singgah studio les'copaq kat seksyen13

 Kenal tempat ni?

 Sini? Pasti korang pun tahu kan?

 Okay, last day ke Perak. Teluk Intan jumpa downline yang didaftarkan online. Selepas 3 bulan baru lah sempat jumpa. Pekat loghat Perak dia... hehehe

 Okay, saja nak peringat. 25/3/2017 nanti ada Gala dinner di PICC, Putrajaya. Korang nak pergi?
Kalau nak, belum dapat tiket dan nak join saya... jom whatsapp 013-973 3779

 Balik dari KL, 24hb saya jumpa abang Nazir yang cedera sebab jatuh racking. Retak tulangnya. So, datanglah visit dan bawa dia jalan-jalan dengan kereta. Bosan duk rumah katanya...

Malam tu terus ke KL balik sebab kitorang ada special training dari HQ pada 25hb

Malam tu Steve Chan turun sekali untuk bagi briefing sebelum bagi talk untuk esok.

 diorang ni order makan ntah apa... saya pun sampai dah lewat. Tak jamah pun kecuali kentang tu je... hahaha


 Lokasi restoran ni di Sunway Pyramid. Ole-Ole Bali namanya...

 Sebelum balik ke keramat, rumah mak sedara... kitorang singgah sini dulu...

 tak jauh dari Keramat Mall ada satu restorang yang jual smoothie Mangga Susu ni. Mmmm... BEST tau!

Pagi 25hb, sekitar 10 pagi saya terus ke HQ Tupperware Malaysia. Inilah rupanya...




  
Training bermula dengan kata-kata aluan dari En.Syam. Ringkas je, kemudia terus dengan opening oleh Madam Chng Layping. Dia ceritakan sejarahnya yang sukar tu. Bagaimana dari mula dia direkrut sehinggalah ditawarkan untuk buka stokis di Tawau, Sabah.

  Training sangat pack! Semua khusyuk mendengar!


Kemudian, juara Tupperware No.1 di Malaysia iaitu Madam Shireen Tan pula bagi speech dan presentation yang cukup mantap dan bersemangat.
Dia ni ketua organisasi group kami. Tak sangka dulunya dia ni cuma guru tadika yang duk rumah flat. Suami dia pula juru jual kereta.




Dan... saya pun tak ketinggalan kena sharing jugalah...


Tentunya, kalau pergi mana-mana majlis Tupperware, tentulah dapat hadiah... Sokmonya gitu lah... hehehhe

Beg istimewa pun dapat, boleh lah bagi kat mak.

Purse pun dapat jugak. Yang ni bagi kat wife lah...

Madam pun bagi hadiah tau... best sangat!

Lepas dapat hadiah, sambung belajar lagi...

Penuh meja dengan hadiah je... Hadiah ni tak free. Yang berusaha je yang dapat

Okay, lepas training, tengah hari adalah makan-makan sikit. Yang baju biru ni Pn.Nufy(Nama glemer....hehehehe) Dia buat rojak buah. Orang kelantan panggil 'colek'. Sedaaap!

Kak Aini pula bawa bronies coklat ni. Sedap GILER!! atau tu ada tulis nama blog dia #tupperwaremalaysiasale

Yang hujung tudung merah tu lah kak Aini. Yang sebelah dia badan besar-besar tu kak Jue.

Dan last skali, sesi yang kedua selepas rehat barulah training dengan Steve. Banyak belajar dari dia. Best tau!

Dan finally, ada lagi recognition... Hadiah lagi... hehe

Madam Layping pun bagi hadiah kat En. Syam

Pastu, En.Syam pun bagilah juga souvenir kat madam...

dan juga kepada Steve sebagai penghargaan



On the way balik dalam bas, sempat lagi En.Syam whatsapp saya tentang Madam Shireen untuk saya. Baguskan group kami? Rugi korang tak join...

Inilah antara hadiah yang saya dapat. Tupperware berlambak. Beg tu yang mahal dan paling berharga.

Esoknya, bangun pagi terus jumpa tuan syed dan Hafiz untuk join event kat Penang.


Nama event ni Penang Halal Expo Convention atau nama pendeknya PIHEC2017

Dapat jumpa dua orang chef ni. Bertuah sungguh. Walaupun cuma masak mee segera je, tapi seronok tau!

Dia ni chef juga. Dah 4 tahun duk Malaysia. Boleh la cakap Bahasa Melayu

Upin Ipin pun ada... hahaha
Balik dari event, saya beli 3 benda ni je sebab rasa macam payah nak dapat kat Sungai Petani. Dua kudapan dari Sabah dan sebotol kicap Jepun.
Kuih Cincin & Amplang


Kicap ni lembut rasanya, sedap campur dalam masakan terutama sup
Tulah dia ceritanya untuk bulan February. Tak sabar menanti cabaran bulan Mac!
\(^o^)/