Assalamualaikum,
Salam sejahtera.
Saya pasti ramai dikalangan kita dah cukup peka tentang kewujudan OKU di negara kita ini
Hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kategori OKU di Malaysia
Kenapa kita perlu tahu kod ini
Supaya mudah untuk kita siapkan minda kita untuk bersemuka dengan mereka
Mana tahu, orang yang anda berurusan itu mungkin OKU yang ada masalah mental
Untuk pengetahuan, setiap OKU yang layak terima kad OKU telah didiagnos
oleh doktor bertauliah serta mempunyai rekod kesihatan masing-masing.
KOD: Jenis kekurangan
======
DE: Pendengaran
akronim dari DEft. bermaksud pekak
BL: Penglihatan
akronim dari BLind. bermaksud buta
SD: Pertuturan
akronim dari Speaking Disability. bermaksud ketidakupayaan untuk bertutur dengan baik atau bisu.
PH: Fizikal
akronim dari PHysical. Bermaksud cacat anggota fizikal
LD: Masalah Pembelajaran
akronim dari Learning Disability. iaitu lembam atau mempunyai daya penghadaman ilmu yang rendah.
Sehingga masa kini, penghidap sindrom down dan autism juga dikategori bawah kod ini
ME: Mental
akronim dari MEntal disorder. maksudnya kecelaruan mental. seorang
penghidap masalah mental tidak semestinya gila. Dia mungkin juga hilang
kewarasan apabila emosinya terganggu.
MD: Pelbagai
akronim
dari Multiple Disabilities. Iaitu mempunyai ketidakupayaan selain dari
yang dinyatakan di atas atau mempunyai lebih dari satu kekurangan.
Contohnya, seorang yang buta dan juga tiada kaki.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan