Alam maya ini dikuasa oleh satu
kuasa mutlak. Perlaksanaan urusan
alam adalah hasil penyatuan
daripada kejadian kepelbagaian
tetapi dari sudut ketuhanan ianyamerupakan hukum yang SATU.
Kita lebih arif dengan beberapa
kejadian dan perlaksanaan alam
yang lain tetapi masih banyak yang
masih dibelakang tabir dan diluar
pengetahuan kita. Proses kajian
secara formal dan tidak formal
berlaku hari demi hari, menyingkap
rahsia-rahsia kejadian.
Kita bercakap tentang Hukum
Graviti tetapi mengalaminya tanpa
kesedaran. Kita tahu akan
wujudnya hukum yang menyatukan
getaran atom-atom yang
membentuk segala kejadian fisikal.
Kita tahu tentang hukum bima
shakti yang merupakan sistem
cakrawala yang mempengaruhi
planet-planet tetapi kita
mengabaikan sistem ataupun
hukum yang mempengaruhi
kehidupan kita didunia ini, yang
mempengaruhi keputusan,
kehendak dan kebimbangan kita
setiap hari. Kita menggunakan
fikiran dan bergerak dilandasan
hukum alam dan akal tetapi
mengabaikan keindahan
perlaksanaannya.
Inilah definasi
HUKUM DAYA TARIKAN DALAM
ALAM FIKIRAN yang menggerakkan
sekelian alam. Satu sistem pintar
ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang
telah dianugerahkan kepada kita.
Apabila kita dapat melihat Fikiran
sebagai satu bentuk Kuasa iaitu
Kuasa Segala Perlaksanaan yang
merupakan kuasa magnetis
terhadap kehendak, maka kita akan
mula memahami sebab musabab
setiap kejadian dalam kehidupan
kita dan perlakuan manusia yang
selama ini masih dalam kegelapan.
Kita akan mula menyedari, tidak
ada ilmu pengetahuan yang lebih
memberi menafaat dari pengetahuan tentang HUKUM
FIKIRAN – HUKUM DAYA TARIKAN
yang menghasilkan TARIAN HIDUP
setiap manusia.
Apabila kita menyedari bahawa
setiap perkara yang kita fikirkan
menghasilkan satu getaran yang
amat halus seperti kesahihan
getaran yang dihasilkan oleh
cahaya, kepanasan, letrik ataupun
magnet maka ini akan
membuktikan tenaga fikiran
sebenarnya wujud tetapi tidak
dapat dilihat oleh deria yang lima.
Besi magnet apabila mengeluarkan
getaran, ianya akan menarik
kepingan habuk besi malah seketul
besi yang beratnya beratus paun
tetapi getarannya tidak dapat kita
lihat dengan mata kasar. Begitu
juga dengan kuasa letrik yang
berjuta kilowat tidak dapat kita
lihat sehingganya
dipenghujungnya terdapat mentol
yang mengeluarkan cahaya yang
membuktikan kewujudan kuasanya.
Begitu juga dengan tenaga fikiran
yang tidak dapat kita lihat, dengar,
bau, rasa dan sentuh tetapi
terdapat individu yang dapat
merasainya melalui telepati dan
fenomena mental. Cahaya dan
kepanasan terhasil dari getaran
yang lebih rendah dari getaran
fikiran tetapi perbezaannya adalah
hanya dari kadar getarannya
sahaja.
Terdapat spekulasi dalam ilmu
mental yang mengatakan wujudnya
getaran bunyian yang tidak dapat
didengar dan getaran warna
cahayanya (setiap bunyian
mempunyai cahayanya tersendiri) yang tidak dapat dilihat oleh mata
kasar. Dalam pergerakan alam
semesta yang begitu luas, dan
ruang tanpa suara amat sukar
dibuktikan kewujudan 40Ribu ke
400Billion getaran sesaat
hingga menjangkaui 700Billion getaran sesaat ditahap cahaya meresap.Kita mungkin terdengar kenyataan
dalam Sains Mental bahawa
“SETIAP PERKARA YANG KITA FIKIRKAN AKAN MENJADI
KENYATAAN.” dan kita melafazkan
kenyataan ini tanpa menyedari
maksud sebenarnya. Sekiranya kita
benar-benar memahami kenyataan
ini dan memahami kebenaran
disebalik sistem pintar anugerah
Tuhan ini, ianya akan menjadi satu
alat ataupun ilmu yang dapat
memberi kuasa kepada kita. Inilah
ilmu yang mesti kita tuntut supaya
kita terlepas dari Perangkap Minda
dan bebas dari cengkaman kuasa-
kuasa lain, selain dari Tuhan Yang
Maha Kuasa.
Melalui pemahaman yang sebenar,
Tenaga Fikiran dapat digunakan
seperti tenaga-tenaga lain seperti
tenaga cahaya, letrik, petroleum dan lain-lain. Dan apabila kita
memahami hukum yang menguasai penghasilan dan penghantaran getaran ini, kita akan dapat menggunakannya untuk urusan harian kita seperti juga kegunaan tenaga-tenaga lain dalam kehidupan kita.
Tenaga fikiran tidak dapat dilihat
dan didengar ataupun diukur dan
sukar untuk membuktikan kewujudannya akan tetapi tidak
semestinya ia tidak wujud kerana
ianya tidak boleh dikesan,
Tenaga-tenaga halus ini
sebenarnya dapat dikesan oleh
unggas dan serangga yang deria
penghilatan dan pendengarannya
dicipta untuk mengesan tenaga-
tenaga sebegini.
Kini saintis telah mencipta peralatan peralatan canggih untuk
mengesan tenaga-tenaga ini
setelah bertaun-tahun kajian dijalankan.Terdapat jenis-jenis
gelombang yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia dan
hanya peralatan tertentu yang
dapat mengesannya.
Dengan tercipta peralatan baru
untuk mengesan gelombang maka
beberapa gelombang-gelombang
yang sebelum ini tidak dapat
dikesan kini telah berjaya dikesan.
Sekiranya peralatan mengesan
gelombang-gelombang ini tidak
wujud sudah pasti kita tidak dapat
percaya kewujudan tenaga-tenaga
ini kerana ianya tidak dapat
dikesan secara semula jadi.
Peralatan-peralatan ciptaan
manusia mempunyai kelemahannya
tersendiri dimana hanya peralatan
tertentu dapat mengesan getaran-
getaran tertentu.
Yang pasti, sehingga kini kesemua
getaran-getaran ataupun
gelombang daya tarikan fikiran
hanya dapat dikesan oleh otak
manusia.
Bagi mereka-mereka yang telah
membuat kajislidik dan dilatih
dalam bidang telepati, remote
viewing dan hypnosis; kesahihan
gelombang-gelombag ini tidak
diragui lagi kerana telah terbukti
kewujudannya melalui pengalaman orang yang mahir dalam penjanaan Deria Keenam.
Kita menghasilkan dan menghantar fikiran keluar dari otak kita dalam tahap-tahap yang berlainainan dan juga menerima gelombang ini setiap detik dan saat. Gelombang fikiran yang kita hasikan bukan hanya mmpengaruhi kita tetapi
orang lain. Gelombang kasih
sayang yang kita hasilkan akan
menarik gelombang yang sama
terhadap diri kita. Begitu juga
gelombang lan seperti kebencian,
cemburu dan penghinaan akan
melantun kearah daripada mana
ianya datang ataupun sumber yang
menghasilkannya.
Pasangan kekasih akan hanya
melihat kasih sayang disetiap
penjuru kekasih mereka. Orang
yang penuh kebencian dan
cemburu dalam diri mereka akan
menerima gelombang yang sama
terhadap diri mereka.
Perkara berkenaan dengan
Gelombang Daya Tarikan ini adalah satu perkara yang serius terhadap kehidupan kita. Kalau kita melihat sekeliling dengan penuh ketelitian, kita akan dapat melihat nasib seseorang itu ditentukan oleh dirinya sendiri tetapi manusia sentiasa menuduh keadaan dan orang lain yang menjadi penyebab nasibnya.
Dalam pengamatan dan kajian
yang saya lakukan, saya dapati
mereka-mereka yang memahami
hukum ini hidup dalam keadaan
penuh harmoni sepanjang
khidupan mereka walaupun dari
luarannya nampak bermasalah.
Mereka seolah nakhoda kapal yang
berada dalam laut yang bergelora
tetapi sentiasa tenang dalam
melalui perjalanan menempuh
gelora yang mendatang. Dalam
melayari bahtera kehidupan,
mereka seolah-olah telah
mengenali selok belok pelayaran
dan telah sampai ke destinasi
walaupun secara fisikialnya belum
pernah sampai ke destinasi
tersebut. Pelayaran mereka tampak begitu yakin sekali.
Kita telah melalui zaman Tenaga
Fizikal dimana ciptaan berbentuk
fizikal telah sampai ketahap
sempurna seperti ciptaan
kenderaan, kejuruteraan,
pembinaan dan alat-alat
telekomunikasi yang canggih yang
mampu melakukan hampir semua
tugas-tugas fisikal. Kita juga telah
melalui zaman intellektual yang
amat tinggi dan kini manusia
sedang menuju ke satu era dan
pengetahuan yang dahulunya
menjadi rahsia alam.
Proses melalui dan memperolehi
pengetahuan ini telah membawa
manusia menghasikan filem-filem
“sci-fi”, dimensi holografik ataupun
seram yang mengesahkan tentang
hantu, déjàvu dan makhluk asing
yang memaparkan kehidupan
manusia dengan alam ghaib,
perjalanan minda sebelum
perjalanan fisikal dan juga
quantumfizik yang menerangkan
tentang pecahan dari alam fisikal
dan cara-cara kegunaannya dalam
kehidupan. Filem filem sedemikian kini mejadi begitu popular dan mendapat tempat dihati peminat seluruh dunia. Inilah sebenarnya ilmu yang manusia inginkan.
Sekiranya kita dapat memahami dan menggunakan tenaga-tenaga “ghaib” ini secara sah tanpa bergantung dengan kuasa-kuasa jin dan lain sepertimana kita menggunakan tenaga-tenaga lain; maka penggunaan tenaga-tenaga ini dapat kita gunakan tanpa was-was dalam menjalani hidup ini.
Hak Kandungan Terpelihara,
Petikan dari Buku: RAHSIA ALAM
FIKIRAN DAN TENAGA MAYA
Hasil Tulisan: Dr Sazali Ahmad
Ramai yang masih tertanya-tanya
bagaimana Hukum Daya Tarikan? Ramai yang masih sangsi
kerana tidak ramai yang
mengetahuinya secara menyeluruh.
Sebenarnya, hukum tarikan adalah
sama seperti hukum alam yang
lain. Ia sama seperti hukum daya
graviti yang tidak ada siapa lagi di
dunia ini yang mempertikaikannya.
Hukum tarikan adalah satu hukum
alam yang sangat mudah
dilaksanakan jika kita benar-benar
menyakininya (sama seperti kita
meyakini hukum graviti; setiap
benda akan jatuh ke bumi apabila
dijatuhkan dari satu temat yang
lebih tinggi).
Hukum Tarikan akan berlaku
dengan 3 langkah yang sangat
mudah... :)
Langkah 1
Nyatakan dengan jelas apa yang
anda mahukan. Nyatakan dengan
SANGAT JELAS. Jika anda seorang
pelajar yang sedang menanti saat
peperiksaan tidak lama lagi,
nyatakan dengan jelas apakah
bentuk kejayaan yang anda
mahukan. Contohnya, saya pasti
saya akan mendapat 8A dalam
peperiksaan PMR tahun ini. Untuk
merealisasikannya lagi, nyatakan
juga jumlah markah yang sangat
anda yakini seperti 90% untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu,
86% untuk mata pelajaran
Matematik, dan sebagainya.
Nyatakan ia dengan sangat jelas
dalam gambaran mental anda dan
keyakinan diri anda.
Pernyataan ini akan membuatkan
anda menghantar isyarat kejayaan
dan keyakinan anda ke gelombang
di alam semesta. Gelombang
keyakinan yang anda 'hantarkan'
itu akan berada dalam alam
semesta dan bergabung serta
menarik gelombang kejayaan itumendekati anda.
Langkah 2
Gambarkan dengan jelas apa yang
anda rasai apabila menerima
keputusan seperti yang anda
yakini. Rasai keseronokannya,
kesayuannya, kesyukurannya...
Rasailah ia dengan sangat jelas.
Perasaan yang anda rasai itu
mestilah sama seperti keadaan
yang berlaku apabila anda benar-
benar memperolehi kejayaan itu.
Rasai ia dengan penuh perasaan.
Gambarkan betapa gembiranya
anda dan keluarga anda apabila
menerima keputusan tersebut.
Rasai bagaimana seronoknya anda
menggenggam slip keputusan
peperiksaan tersebut. Rasai
dengan perasaan yang penuh
keyakinan.
Langkah 3
Sediakan perasaan untuk menerima
kejayaan tersebut. Apabila telah
sampai masanya, teruskan
keyakinan tersebut bahawa anda
memang benar-benar berjaya
mendapat 8A. Terimalah
keputusan tersebut dengan penuh
semangat dan yakin. Jangan
sesekali tergambar rasa gementar
dan takut jika ia tidak akan terjadi.
JANGAN! Jangan sekali-kali merasa
ragu-ragu tentang impian anda,
sebermula dari anda melaksanakan
langkah yang pertama lagi.
Tetapkan dalam hati anda bahawa
anda benar-benar bersedia
menerima kejayaan tersebut
dengan penuh yakin.
Mudah, bukan?
Semudah tiga langkah yang tidakmemerlukan apa-apa halangan di
hadapan, kerana anda telah benar-
benar menyatakan ke alam semesta
bahawa anda memang mahukan ia
berlaku dan anda sudah benar-
benar bersedia menerimanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan