Ahad, 24 Mac 2019

Murahnya Udang Galah Hatyai


Nak makan seafood fresh sedap dan murah?

Untuk pengetahuan anda semua, sekarang ni duit Thai Bhat sedang jatuh sekarang.

Nilai tukaran terkini ialah RM1 = 7.70~7.72 Bhat sekarang....

🍱 Kalau nak makan seafood murah dan sedap, saya cadangkan anda ke Restoran Pak Tam di Satun. Boleh memandu masuk melalui Wang Kelian, Perlis.

Kiralah, udang galah 6 ekor hanya 200Bhat!
Nasi goreng biasa pula 30Bhat sahaja! 💰

🚢 Jika anda dari Langkawi, boleh naik feri. Atau jika anda ada masalah kenderaan untuk Satun, anda boleh ke Hatyai.

Jika naik tren/van dari Padang Besar ke hatyai hanya 50bhat(RM6) seorang.

Ada banyak pilihan restoran muslim di Asean Night Bazaar yang tak jauh dari stesen bas Hatyai.

Selain dari makanan laut, ada juga pelbagai pilihan buah potong, jus buah dan makanan lain.

Bagi kaki shopping yang gemar membeli belah, bazar tersebut juga ada kedai jualan pakaian, mainan dan alat elektronik.

Yoshi.
Saja menulis lepas pekena 6 ekor udang galah.

Jumaat, 22 Mac 2019

Tulisan Penghargaan


Nukilan santai tengahari ini.

Saya tuliskan khas buat salah seorang insan yang memberi kesan dalam hidup saya.

Ini En. Anuar B. Md Hashim, guru pengajian elektrik kuasa saya ketika saya tingkatan 4 dan 5....

Tahun ini umurnya bakal mencecah 54 tahun dan beliau masih berkhidmat di sekolah lama yang kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Kuantan.

Banyak perkara yang saya tidak tahu tentang beliau kecuali sudah ada 5 atau lebih orang anak dan berulang dari Pekan ke Kuantan untuk bekerja.

Sejak perkenalan dan sesi pembelajaran secara personal sepanjang waktu persekolahan, banyak perkara saya belajar terutama pembentukan karakter diri.

Dari penelitian saya, dia banyak memberi saya inspirasi untuk berubah sikap.
Dari seorang yang pendiam, saya jadi berani untuk bersuara.

"Janganlah jadi cikgu. Jadi cikgu ni susah."
Sampai sekarang saya ingat!

Tetap, saya ambil sebagai pendorong sebab saya nampak beliau rajin sepanjang beliau menjalankan tugas.

Dalam sibuk mengajar, sempat atur program luar untuk pelajar. Sempat buat kelas tambahan secara peribadi dan sertai aktiviti kokurikulum sekolah disamping pelbagai urusan lain.

Kini saya sudah berani mencuba sesuatu yang baru, berani membuat keputusan dan sanggup pikul tanggungjawab.

Ternyata, setiap manusia terkesan dengan perkara berbeza.

Ada kala untuk hargai seseorang kita tak perlu kenal sangat seseorang itu, tapi lihat apa kebaikan yang dibawa.

Saya harap semoga suatu hari kita dapat bertemu dan cikgu dapat kehidupan yang diimpi.

PS: Bagi hadiah adalah salah satu bentuk penghargaan. Siapa nak tempah hadiah Tupperware boleh hubungi saya tau.
Ada banyak pilihan. WhatsApp 0139733779

Selasa, 19 Mac 2019

Tegur Bos

Topik yang dibincangkan pagi ini di radio Sinar fm ialah "Bagaimana Cara Nak Tegur Bos?“

Kadang kala sebagai ketua di tempat kerja juga ada buat silap.
Terutama yang baru masuk kerja atau baru tukar bahagian.

Sebagai pekerja, ada yang suka tegur secara langsung.
Ada yang guna hantaran di media sosial.

Cuba komen pandangan anda.

Bagaimana pula jika anda bekerja sendiri?
Anda adalah bos dan anda jugalah pekerjanya.

Isnin, 18 Mac 2019

Islam Kita

Islam agama kedamaian.

Tetapi realitinya kita masih berkasta.
Masih berpecah-belah.
...
Masih harapkan pada orang yang lebih pintar dari kita lakukan segalanya.

Ketahuilah.

Al-Quran masih suci.
Masih ayat yang sama.
Masih bacaan yang sama.

Cuma,

kita lain fahamnya.

~Mukmin~

Sabtu, 16 Mac 2019

Bunuh Orang Macam Main Game!

Sedih dengar kisah mangsa pengganas di New Zealand.

Negara tersebut merupakan antara negara paling aman di dunia.

Ternyata pengganas adalah dari negara lain....

49 orang terbunuh dan ada warga Malaysia di masjid tersebut ketika kejadian.

Pengganas melakukan pembunuhan berinspirasikan permainan komputer 'Half Life'.

Trivia: Penggambaran siri popular kanak-kanak Power Rangers musim baru berjudul Power Rangers Beast Morphers juga dirakam di negara tersebut sejak hujung tahun lepas.

sumber gambar: https://variety.com/2019/politics/news/new-zealand-mosque-shooting-christchurch-multiple-fatalities-1203164116/
See more


Jumaat, 15 Mac 2019

SENANGNYA TULIS BERITA


Masa sarapan pagi tadi.
Bila terbaca muka surat ni, teringat saya pada suatu cerita.
. ...
Bukan tentang OKU atau SPM.
Tapi tentang tugasan seorang wartawan akhbar.
.
Katanya, sehari dia kena penuhkan satu muka surat.
Gambar dan tulisan semua kena main peranan.
.
Kalau tak ada banyak cerita hari tersebut, dia akan pecah-pecahkan subjek jadi beberapa cerita.
.
Cubalah anda tengok muka surat ini. Apa anda boleh rumuskan?

Jumaat, 1 Februari 2019

SLANGA JADI PENGHALANG?

Kisahnya, hari ni ada orang cerita pada saya.
"Dulu aku nak mengaji sampai menangis-nangis. Ada ustaz tu tak bagi aku naik ke surah lain sebab aku pelat. Aku ni cakap slang orang putih. Jadi, ustaz tu tak lepaskan aku pergi surah lain sebab sebutan aku salah bunyinya.
....
Bila dah pergi kat ustaz lain barulah dapat baca surah lainnya. Sebab yang penting boleh baca dan tahu maksudnya."
.
Hmmm....