Rabu, 17 April 2019

"Ingat senang ke nak sabar?"


Biasa saja dengar perkataan "Ingat senang ke nak sabar?" terutama dari orang yang tengah marah.

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia di kalangan peminat bola sepak khususnya.

Tentang seorang pemain tengah satu pasukan yang tunjuk isyarat lucah kepada penyokong pasukan lawannya.
Teringat saya tentang satu kisah pada tahun 2017 yang lebih kurang sama tentang seorang kapten pasukan bola sepak yang terkenal di negara ini.

Beliau menyebut perkataan yang tidak baik kepada penonton di stadium setelah menang perlawanan tersebut.

Masalah disiplin dalam kalangan pemain bola sepak atau mana-mana sukan amnya bukanlah perkara yang baru.

Bila rasa tertekan dan beremosi, memang macam-macam cara seseorang itu meluahkan perasaan.
Dan melakukan perbuatan yang biadap juga tidak terkecuali.

Namun, sebagai seorang muslim, Allah telah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud;
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."

Dalam masa terdekat ni ada 4 perlawanan Liga Super yang saya nantikan.
1. JDT vs PKNS FC
2. Selangor vs PKNP
3. Perak vs Pahang
4. Melaka United vs Kedah FA

Semoga perlawanan akan datang tidak lagi tercemar dengan insiden seperti ini lagi.

Pasukan mana pilihan anda?

Gambar hanya sekadar hiasan. Sempena Avengers: End Game 24 April ini hehehe

Maksud Kepala KOD Pada Kad OKU

Assalamualaikum,
Salam sejahtera.

Saya pasti ramai dikalangan kita dah cukup peka tentang kewujudan OKU di negara kita ini

Hari ini saya nak berkongsi sedikit info tentang kategori OKU di Malaysia

Kenapa kita perlu tahu kod ini

Supaya mudah untuk kita siapkan minda kita untuk bersemuka dengan mereka

Mana tahu, orang yang anda berurusan itu mungkin OKU yang ada masalah mental

Untuk pengetahuan, setiap OKU yang layak terima kad OKU telah didiagnos oleh doktor bertauliah serta mempunyai rekod kesihatan masing-masing.

KOD: Jenis kekurangan
======
DE: Pendengaran
akronim dari DEft. bermaksud pekak

BL: Penglihatan
akronim dari BLind. bermaksud buta

SD: Pertuturan
akronim dari Speaking Disability. bermaksud ketidakupayaan untuk bertutur dengan baik atau bisu.

PH: Fizikal
akronim dari PHysical. Bermaksud cacat anggota fizikal

LD: Masalah Pembelajaran
akronim dari Learning Disability. iaitu lembam atau mempunyai daya penghadaman ilmu yang rendah.
Sehingga masa kini, penghidap sindrom down dan autism juga dikategori bawah kod ini

ME: Mental
akronim dari MEntal disorder. maksudnya kecelaruan mental. seorang penghidap masalah mental tidak semestinya gila. Dia mungkin juga hilang kewarasan apabila emosinya terganggu.

MD: Pelbagai
akronim dari Multiple Disabilities. Iaitu mempunyai ketidakupayaan selain dari yang dinyatakan di atas atau mempunyai lebih dari satu kekurangan. Contohnya, seorang yang buta dan juga tiada kaki.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Rabu, 27 Mac 2019

Kepentingan VS Keperluan

Baru saja buka portal berita harian.

Cerita paling besar dalam segmen rencana hari ini tajuknya "PH kena kerja keras tawan Rantau".

Tapi cerita paling mencuri perhatian saya ialah isu royalti sasterawan.
 Klik Gambar Untuk Baca Berita
 Klik Gambar Untuk Baca Berita

Saya ni bukannya minat sangat sastera, tetapi ambil tahu jugalah.

Bagi saya bukan perkara baru masalah royalti hasil karya penulisan seperti novel, sajak dan lain-lain.

Ia seiring dengan peredaran zaman yang mana orang semakin kurang baca karya bercetak. Malah Al-Quran pun sudah ada versi perisian(software).

Umum tahu bahawa seni dan hiburan adalah pilihan, bukan kepentingan. Sekalipun ia adalah keperluan.

Bukan bermaksud boleh diabaikan. Tetapi benar, pengarang sastera tidak boleh harapkan semata-mata sumber pendapatan dari royalti karya.

Kerana, keberoleh-pendapatan orang ramai hari ini mendesak untuk memilih yang mana satu perlu didahulukan.

Contohnya bila seseorang tu ada duit RM30 dalam poket dia.
Jika diberi pilihan antara beli novel paling dia minat atau tambah nilai kredit telefon pintar, yang mana satu dia akan pilih?
Tentu saja dia akan pilih untuk beli tambah nilai kredit sebab ia suatu keperluan.
Barang kali, novel yang dia minati itu, boleh dia pinjam dari kenalan atau cari di perpustakaan awam.

~Mukmin~
Ada pendapatan sampingan.
Masih belajar mengutamakan keperluan dengan kepentingan.

Selasa, 26 Mac 2019

SAMPAI BILAKAH KITA?


Hari ini saya bertanggungjawab buatkan hidangan untuk anak-anak OKU di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sungai Petani
Menu hari ini ialah sandwich sardin.

Memandangkan saya sempat siapkan awal, maka sempatlah saya baca Al-Quran dan terjemahannya.
Surah yang saya baca hari ini ialah surah ke 7 iaitu surah Al-A'raf.

Pernah suatu ketika dulu ketika saya dalam pengajian, ada ustaz menceritakan bahawa surah ini sinonimnya bila kita capai di tempat yang tinggi.

Pendekkan cerita, terhentinya bacaan saya di ayat 34 ini.

Ayat ini menceritakan bahawa tiap umat ada ajalnya sekaligus membuat saya tersentak untuk berfikir.

Pernah dulu ada ustaz cerita "Di akhirat kelak, akan ada umat yang minta syafaat dari nabi zamannya..."

Apakah ini bermakna setiap zaman kenabian ada penutupnya?
Maka, bagaimana pula dengan zaman umat Muhammad?
Apakah bakal terjadi seterusnya?
Bagaimana kita sebagai umat Muhammad meneruskan legasinya?

Hari ini banyak perkara kita amalkan berdasarkan pesanan dari ustaz atau orang yang lebih tua dari kita.

Ada sesetengah perkara bercanggah malah bukan tuntutan seperti tahlil dan marhaban menjadi amalan kita.

Bacaan Al-Quran pula dipertandingkan dan kurang diambil berat tentang kefahaman dan perlaksanaannya.

Banyak lagi perkara yang menjadi kerisauan. Tetapi masyarakat juga khuatir untuk bersuara kerana takut dipersoal atas sebab pengetahuan yang tidak cukup.

Apakah persediaan kita?

~Mukmin~
Masih meneruskan hidup, terus berkembara, berfikir dan belajar.

Ahad, 24 Mac 2019

Murahnya Udang Galah Hatyai


Nak makan seafood fresh sedap dan murah?

Untuk pengetahuan anda semua, sekarang ni duit Thai Bhat sedang jatuh sekarang.

Nilai tukaran terkini ialah RM1 = 7.70~7.72 Bhat sekarang....

🍱 Kalau nak makan seafood murah dan sedap, saya cadangkan anda ke Restoran Pak Tam di Satun. Boleh memandu masuk melalui Wang Kelian, Perlis.

Kiralah, udang galah 6 ekor hanya 200Bhat!
Nasi goreng biasa pula 30Bhat sahaja! 💰

🚢 Jika anda dari Langkawi, boleh naik feri. Atau jika anda ada masalah kenderaan untuk Satun, anda boleh ke Hatyai.

Jika naik tren/van dari Padang Besar ke hatyai hanya 50bhat(RM6) seorang.

Ada banyak pilihan restoran muslim di Asean Night Bazaar yang tak jauh dari stesen bas Hatyai.

Selain dari makanan laut, ada juga pelbagai pilihan buah potong, jus buah dan makanan lain.

Bagi kaki shopping yang gemar membeli belah, bazar tersebut juga ada kedai jualan pakaian, mainan dan alat elektronik.

Yoshi.
Saja menulis lepas pekena 6 ekor udang galah.

Jumaat, 22 Mac 2019

Tulisan Penghargaan


Nukilan santai tengahari ini.

Saya tuliskan khas buat salah seorang insan yang memberi kesan dalam hidup saya.

Ini En. Anuar B. Md Hashim, guru pengajian elektrik kuasa saya ketika saya tingkatan 4 dan 5....

Tahun ini umurnya bakal mencecah 54 tahun dan beliau masih berkhidmat di sekolah lama yang kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Kuantan.

Banyak perkara yang saya tidak tahu tentang beliau kecuali sudah ada 5 atau lebih orang anak dan berulang dari Pekan ke Kuantan untuk bekerja.

Sejak perkenalan dan sesi pembelajaran secara personal sepanjang waktu persekolahan, banyak perkara saya belajar terutama pembentukan karakter diri.

Dari penelitian saya, dia banyak memberi saya inspirasi untuk berubah sikap.
Dari seorang yang pendiam, saya jadi berani untuk bersuara.

"Janganlah jadi cikgu. Jadi cikgu ni susah."
Sampai sekarang saya ingat!

Tetap, saya ambil sebagai pendorong sebab saya nampak beliau rajin sepanjang beliau menjalankan tugas.

Dalam sibuk mengajar, sempat atur program luar untuk pelajar. Sempat buat kelas tambahan secara peribadi dan sertai aktiviti kokurikulum sekolah disamping pelbagai urusan lain.

Kini saya sudah berani mencuba sesuatu yang baru, berani membuat keputusan dan sanggup pikul tanggungjawab.

Ternyata, setiap manusia terkesan dengan perkara berbeza.

Ada kala untuk hargai seseorang kita tak perlu kenal sangat seseorang itu, tapi lihat apa kebaikan yang dibawa.

Saya harap semoga suatu hari kita dapat bertemu dan cikgu dapat kehidupan yang diimpi.

PS: Bagi hadiah adalah salah satu bentuk penghargaan. Siapa nak tempah hadiah Tupperware boleh hubungi saya tau.
Ada banyak pilihan. WhatsApp 0139733779

Selasa, 19 Mac 2019

Tegur Bos

Topik yang dibincangkan pagi ini di radio Sinar fm ialah "Bagaimana Cara Nak Tegur Bos?“

Kadang kala sebagai ketua di tempat kerja juga ada buat silap.
Terutama yang baru masuk kerja atau baru tukar bahagian.

Sebagai pekerja, ada yang suka tegur secara langsung.
Ada yang guna hantaran di media sosial.

Cuba komen pandangan anda.

Bagaimana pula jika anda bekerja sendiri?
Anda adalah bos dan anda jugalah pekerjanya.