Jumaat, 31 Oktober 2008

FW: TERESA KOK - Mesti Baca! Sebarkan! Biadap Punya!

TERESA KOK

Ramai kalangan Orang Melayu sendiri tak tahu siapa Teressa Kok ini:

Nama : TERESA KOK SUH SIM

Lahir : Mac 31,1964 (44tahun)

Agama : Kristian Katholik (Berpegang Teguh).

Pendidikan: Ijazah USM (Perhubungan). Ijazah Lanjutan UM (Sains

Politik).

Karier Politik: Setiausaha Politik Lim Kit Siang (1990 - 1995).

1995 - Bertanding di atas tiket DAP Kawasan Parlimen Ipoh Barat kalah

pada calon MCA.

1999 - Menang kerusi Kawasan Parlimen Seputeh, Kuala Lumpur .

2008 - Kekalkan kerusi Parlimen dengan undi majority yang paling tinggi

keseluruhan dalam semua kerusi parlimen yang dipertandingkan - 36,492.

SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN DIA DITAHAN DALAM AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) PADA JUMAAT 12HB SEPTEMBER 2008 DIBAWAH SECTION 73 (1) (YANG MEMBENARKAN SETIAP INDIVIDU BOLEH DITAHAN TANPA BICARA SELAMA 60 HARI).


Beliau telah menasihati atau pun mempengaruhi kaum bukan Islam lain untuk

menghantar satu petisyen kepada Jawatankuasa Masjid di Puchong melarang

menggunakan pembesar suara untuk laungan Azan; tetapi beliau masih sangkal

tuduhannya.

Tetapi pada 14hb.September 2008, PPIM, PEWARIS dan Badan-badan NGO Islam

telah buat satu laporan polis dengan mengatakan Teresa Kok telah melarang

menggunakan pembesar suara untuk laungan Azan di Masjid-masjid dan

surau-surau disekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong Jaya.

Kes ini adalah terpencil dari Teresa tetapi dimasa lampau banyak kali beliau

telah lakukan penghinaan sengaja terhadap Institusi Agama Islam dan kerajaan di

Negara ini.

1. Tahun 2002 - Telah menulis sebuah atikel di sebagai columnist

surat khabar harian berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh dengan lantang menyuarakan

bantahan pakaian berunsur Islam untuk kakitangan Islam yang dianjurkan

oleh kerajaan dalam kod etika pakaian rasmi.Dengan mengatakan pakaian Islam

tidak berciri mesra-rakyat (people friendly).

2. Menuduh Biro Tatanegara mengamalkan dan menyebarkan pengajaran

perkauman (racist).

3. Bersifat sengaja memalukan Umat Islam dan Sistem Perbankan

Islam dengan membentangkan usul perbahasan di Dewan Rakyat berkenaan kerugian

Bank Islam pada tahun 2005. Sepatutnya Teresa sebagai bukan Islam tidak perlu dan

mengambil berat tentang perbankan Islam di mana ramai lagi parti pembangkang

yang beragama Islam boleh membawa usul ini.

4. Di Parlimen juga beliau kuat menyuarakan tentang sasaran 30% hak

ekuiti Melayu telah tercapai dan kerajaan sengaja manipulasi fakta stastiknya. Dia

telah lantang bersuara untuk hapuskan ekuiti 30% bangsa Melayu dan dasar DEB

yang mana kedua-dua ini adalah bagi membantu orang Melayu untuk survive dalam

ekonomi. Itu Hak Orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu!

5. Dengan lantang membantah tindakan PDRM mewajibkan Polis

Wanita mengenakan pakaian menutup aurat dan bertudung dengan berkata PDRM

sengaja sekat hak-asasi wanita Islam. Sehingga datuk Nazri gelar Teresa Kok ini seorang 'Anti-Islam' di sesi Parlimen.

6. Memalukan pasukan Polis Di Raja Malaysia dengan sebarkan

mms kononnya pasukan Polis Negara tidak boleh dipercayai dan salah laku terhadap

tahanan dalam lokap dengan mendera dan membogelkan wanita rakyat NEGERI CHINA. Sehingga kerajaan pusat telah dipaksa memohon maaf dengan kerajaan China . Dia dengan sengaja dan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan imej Negara dan Polis Di Raja Malaysia di kaca mata dunia. Walau pun sumber fakta mms itu

tidak tepat, berkenaan kerakyatan wanita tersebut tetapi beliau sengaja

membesarkan kisah tersebut di media antarbangsa. Apabila identity wanita

tersebut sebenarnya adalah wanita Melayu dan kerakyatan Malaysia, beliau

ENGGAN MOHON MAAF pada Pihak PDRM dan keluarga wanita tersebut yang telah diaibkan maruahnya melalui mms.

7. Berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan Negeri Selangor hub yang terbesar untuk membela babi secara moden didunia.

Para pembaca nilaikanlah sendiri sikap wanita ini yang begitu radikal dan

bahayanya kepada rakyat berbilang kaum yang sentiasa menghormati

agama,

kebudayaan dan cara hidup kaum yang lain di Negara ini. Insaflah bagi

MELAYU

ISLAM yang telah mengundinya dahulu. Jangan kerana satu undi kita boleh

menghancurkan masa depan anak cucu dan generasi bangsa MELAYU ISLAM akan

datang.


BOIKOT TERESA KOK!! demi AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA KITA MALAYSIA !!

Tiada ulasan: