Semalam, Rabu, aku kali pertama jejak ke kuala selangor dan sekinchan. menarik juga. banyak plaza tol kena lalu. hampir rm20 juga dari kuantan ke sini.
sebab naik kancil, petrol yang diguna setakat ni rm30 dari kuantan lagi. dalam keadaan dari meter tanda minyak yang rapat macam nak abih kering sampai sini. baru tanda amaran menyala...
Spectacular punya pasal, ok je!
Syoknya dapat tengok bendang padi dari dekat. Rupanya sinilah tempat banyak pengambaran filem & drama tv dibuat.
Paling best dapat tengok banyak tempat yang masuk filem 'Mohsin'.
Hari ni, aku dibawa berjalan-jalan kat kawasan sekitar. Antaranya Setia City Mall kat bandar Setia Alam, Selangor. Sangat hampir dengan Shah Alam. Buktinya, dari mall ni dah boleh nampak masjid Shah Alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan