Khamis, 12 Januari 2017

Panduan CashFlow: Keluar dari rate race

Sahabat-Sahabat Semua,

Hari ini banyak orang jual alat senaman yang tidak perlu bergerak banyak.

Lari setempat sahaja. Atau letak dua-dua belah kaki atas alat tersebut dan badan bergoyang-goyang.

Berkesankah? Saya pun tak tahu. Cuma saya lebih suka keluar berlari di taman-taman. Kita juga dapat melihat dan mengalami sendiri banyak perkara menarik apabila kita keluar dan berlari.

Dalam urusan duit, perbuatan lari setempat, yang nampak macam berlari tetapi sebenarnya tidak berlari ini kita namakan ia sebagai rat race.

Rat race ini adalah situasi di mana kita tidak boleh keluar dari pekerjaan makan gaji / bisnes kita sendiri. Ia berlaku kerana kita tidak mempunyai pendapatan lain selain dari gaji yang kita terima setiap bulan. Bagi orang bisnes pula, kita tidak ada sistem yang membolehkan kita melantik seorang CEO yang dapat membuat 100% keputusan untuk bisnes kita.

Kita membayangkan dengan mendapat kenaikan gaji atau pangkat sahaja dapat mengubah hidup kita. Namun sebenarnya ia tidak membantu sama sekali. Kita masih perlu bangun awal pagi, meredah kesesakan lalu lintas, masuk pejabat, mesyuarat sepanjang hari dan balik ke rumah pada larut malam. Balik rumah, anak-anak telah tidur.

Apa yang berbeza barangkali gaji, kereta dan rumah yang lebih besar. Pada hakikatnya kita masih masih di tempat yang lama. Kita masih berlari dalam bulatan yang sama. Cuma makin lama semakin laju dan akhirnya kita kepenatan, bosan dan tidak bersemangat.

Situasi ini sama seperti seekor tikus belanda (hamster) yang berlari dalam kandang lariannya. Cuma yang berlari adalah kita.

Tidak semestinya kita perlu berhenti kerja untuk keluar dari rat race. Apa yang penting kita ada pilihan apabila sampai masa kita perlu membuat pilihan kelak. Mungkin pelaburan kita akhirnya telah cukup untuk keperluan persaraan lebih awal dari sasaran sebenar. Siapa tahu masa depan bagaimana, bukan ?

Jadi kita perlu ada perancangan yang baik untuk keluar dari perlumbaan ini seawal mungkin, atau, memilih untuk berlari dalam tempat yang kita suka sampai mati.

Ya, kita ada pilihan dan bukan kita tidak punya apa-apa pilihan.

TQ

Tiada ulasan: