Sabtu, 10 Ogos 2019

Hua Hin: Tarikan Pelancong Terkini di Thailand


Biasanya, kalau dengar orang cerita melancong ke Thailand mesti ingat Hatyai, Phuket, Krabi atau Bangkok kan?
Tapi, pernah tak korang dengar tentang Hua Hin?
Hua Hin kalau diterjemah secara langsung bermaksud "kepala batu".
Ia merupakan sebuah bandar kerabat Diraja Thailand.
ertinya, ia adalah tempat yang dianggap suci dan dikawal ketat keselamatnnya.

Bagaimanapun, kita tidak akan nampak kelibat askar disekitar kota ini.
Ia adalah tempat yang aman dan ada penduduk muslim di bandar ini.


Tidak seperti bandar lain, Hua Hin kurang orang yang mabuk mahupun anjing liar yang banyak seperti lokasi lain di Thai.

Saya pernah ke Prachuapkirihan. Satu lokasi yang cantic untuk melihat matahari naik dan tenggelam. Tetapi saya tidak menyukainya kerana terlalu banyak anjing yang ramah menyambut tetamu.
Bagi yang bukan muslim mungkin tiada masalah.
Tapi bagi saya agak merimaskan. Bukan kerana saya tak suka anjing, tapi saya malas nak buang masa bermesra dengan haiwan berkenaan yang TERLALU BANYAK.

Lokasi Hua Hin mudah untuk saya katakan jaraknya mengambil masa 8 jam dari Hatyai jika menaiki tren kelas C. Ia searah dengan perjalanan ke Bangkok. Jika anda teruskan perjalan lagi 4 jam, anda akan sampai Bangkok!



Tiada ulasan: