Rabu, 20 Mac 2013

Sangat teruja

24jam yang lalu antara waktu yang patut diraikan. Tak sangka ramai orang yang kenal tiba-tiba datang & hubungi saya.
Semuanya nak kurus.
Terbukti rezeki boleh datang tanpa di duga.
Hari ini, saya sangat teruja kerana antara penulis & pakar dunia kewangan yang saya gemari akan mengeluarkan sebuah buku lagi!
Sebelum ini, saya pernah membaca buku beliau 'Rich Dad Poor Dad' & hasil kerjasama dengan orang kaya ternama Donald Trump, 'Why We Want You To Be Rich'
Kedua-dua buku benar-benar membantu meningkatkan mutu perniagaan saya.
Sungguhpun beliau lebih banyak mengaitkan tulisan beliau dengan perniagaan hartanah, namun ilmu yang disampaikan sangat sesuai untuk mana-mana perniagaan dan sangat baik untuk orang yang baru hendak berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Saya tak sabar tunggu buku baru ini dipasarkan kerana saya telah mengikuti beberapa webinar & rancangan radio beliau yang ada menceritakan serba sedikit berkenaan tajuk buku yang akan dijual ini. :)

Tiada ulasan: